Langgan newsletter kami!
Poster Drama Suamiku Mr Blind

Drama Suamiku Mr Blind (Unifi TV)

Suamiku Mr Blind adalah sebuah drama hasil adaptasi novel Suamiku Mr Blind karya Danisyarahmat. Ia akan ditayangkan di Unifi TV saluran HyppSensasi 116. Drama ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat iaitu Nazrief Nazri, Janisa Jalil, Zoey Rahman, Intan Najuwa, Dayana Roza, Bella Nazari dan ramai lagi. Ia akan mula ditayangkan pada 5 Ogos 2019, setiap Isnin hingga Khamis jam 9 malam. Drama yang diterbitkan oleh Creative Skill Solution dan diarahkan oleh Rusdi Ramli ini akan bersiaran sebanyak 30 episod.

Info Drama Suamiku Mr Blind

  • Episod: 30 episod
  • Mula Tayangan: 5 Ogos 2019
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 9.00 malam
  • Stesen TV: Unifi TV (HyppSensasi)
  • Penulis Novel: Danisyarahmat
  • Penulis Skrip: Ain
  • Pengarah: Rusdi Ramli
  • Produksi: Creative Skill Solution
  • Senarai Pelakon: Nazrief Nazri, Janisa Jalil, Zoey Rahman, Intan Najuwa, Dayana Roza, Bella Nazari, Fadzil Zahari, Cammy Zuhairi, Natasya Mahyan, Khaty Azian, Rahim Kidol, Fathil Dhani, Sheila Hassan, Roslan Salleh, Gen Darwish, Puteri Rayyana Rayqa, Izzul Faiq Zuhairi, Ikhlas Jalil

Watak Pelakon Drama Suamiku Mr Blind

  • Nazrief Nazri sebagai Aidil Zafran
  • Janisa Jalil sebagai Ain Shuhada
  • Zoey Rahman sebagai Rayyan
  • Intan Najuwa sebagai Wani
  • Dayana Roza sebagai Melissa
  • Bella Nazari sebagai Dato Adila
  • Fadzil Zahari sebagai Azman
  • Khaty Azian sebagai Puan Sri Azizah
  • Rahim Kidol sebagai Pak Deris
  • Fathil Dhani sebagai Encik Ismail
  • Sheila Hassan sebagai Puan Ainon
  • Roslan Salleh sebagai Pak Darus
  • Gen Darwish sebagai Dani
  • Puteri Rayyana Rayqa sebagai Auni
  • Izzul Faiq Zuhairi sebagai Aidil Zafran

Sinopsis Drama Suamiku Mr Blind

“Kalau kau buta lagi bagus. Tak adalah nak menyemak buat masalah di sekolah lagi.”
– Ain Syuhada, seorang pengawas yang ingin membalas dendam kerana ditolak jatuh ke dalam lumpur sawah. Racun serangga segera disembur ke muka Aidil Zafran.

“Aku tak nampak apa-apalah!”

Pada zaman remaja, Aidil dengan sikap nakalnya suka membuli Ain. Ain Syuhada membalas dendam dengan menyembur racun serangga ke mata Aidil hingga menyebabkan mata Aidil Zafran menjadi buta.

Sebelas tahun kemudian, Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya. Ain Syuhada muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada.

Ain merahsiakan identitinya daripada Aidil. Manakala Aidil pula jatuh hati dengan Ain lalu menjadi penyelamat apabila Ain putus tunang dengan Rayyan di saat perkahwinan mereka sudah terlalu hampir.

“Kau sengaja nak perangkap aku, kan? Kau jangan ingat bila aku dah kahwin dengan kau, aku dapat maafkan kau. Aku akan pastikan kau hidup merana, Ain.”

Selepas majlis perkahwinan, barulah Aidil mengetahui bahawa Ain, isterinya adalah orang yang sama yang merosakkan matanya. Aidil bertekad untuk membalas dendam. Mampukah cinta mengatasi dendam yang membara? Benarkah cinta itu hilang saat dendam merajainya?

Lagu Tema / OST Suamiku Mr Blind

  • Cinta Sejati – Intan Norul
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: