Langgan newsletter kami!
Drama The Hotel (Astro Ria)

Drama The Hotel (Astro Ria)

Sebuah drama berantai menarik 24 episod berjudul ‘The Hotel‘ telah mula ditayangkan melalui Slot MegaDrama mulai 15 September 2021, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria.

Drama menarik ini dibintangi oleh pelakon wanita popular Mira Filzah di samping MK K-Clique dan Sean Lee. Drama ini adalah terbitan Juita Viden, diarahkan oleh Helmi Yusof dan idea asal oleh Michael Ang.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 24 episod
  • Mula Tayangan: 15 September 2021
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
  • Stesen TV: Astro Ria (Slot MegaDrama)
  • Penulis Skrip: Nadia Khan, Rahim Ramli, Qawiem Hamizan, Michelle Yoon
  • Idea Asal: Michael Ang
  • Pengarah: Helmi Yusof
  • Produksi: Juita Viden Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Mira Filzah, MK K-Clique, Sean Lee, Natasha Elyzza, Azhar Amir, Farah Ahmad, Nabil Aqil, Asha Merican, Yasmin Hani, Eina Azman, Daler Yusuf, Alif Hadi, Ku Faridah, Amir Nafis

Watak Pelakon

  • Mira Filzah sebagai Raisa
  • MK K-Clique sebagai Sean
  • Sean Lee sebagai Umar
  • Natasha Elyzza sebagai Umaira
  • Farah Ahmad sebagai Sharifah Hanisa
  • Eina Azman sebagai Julia
  • Yasmin Hani sebagai Maya
  • Daler Yusuf sebagai Razul Ilyas
  • Nabil Aqil sebagai Arman
  • Azhar Amir, sebagai Syed Jamaluddin
  • Asha Merican sebagai Marsha
  • Ku Faridah sebagai Miss Ros
  • Alif Hadi sebagai Tengku Arif
  • Amir Nafis sebagai Tengku Adam

Lagu Tema (OST)

  • K-Clique – Sebelum

Sinopsis The Hotel

Drama bersiri ini mengisahkan tentang Raisa, seorang gadis yang tinggal bersama ibunya, Maya yang memiliki salah sebuah empayar perniagaan terbesar di negara ini.

Hidup dalam kemewahan, Raisa sebenarnya mempunyai sifat psikopat di mana dia sukar memahami emosi dan segala tindak-tanduknya berdasarkan kehendak semata-mata sehingga dia mampu untuk membunuh. Sean muncul sebagai penghuni baru di hotel mewah di kediaman Raisa.

Walaupun seusia dengan Raisa, Sean mengakui yang dirinya pakar bedah dan ini amat dicurigai oleh Raisa. Cerita Sean sentiasa berubah-ubah. Sean, si pembohong patologi, jatuh cinta dengan Raisa dan harus memutuskan dia setia kepada Raisa atau menyerahkannya sebelum dia bunuh lebih banyak orang yang tidak bersalah.

Apakah pengakhiran kisah cinta pembunuh psikopat, Raisa dan pembohong patologi, Sean? Adakah hubungan tersebut mampu bertahan walaupun salah seorang daripada mereka terlibat dengan kes pembunuhan?

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: