Langgan newsletter kami!
Drama Umar Hatta (Unifi TV)

Drama Umar Hatta (Unifi TV)

Umar Hatta adalah sebuah drama adaptasi novel karya Jaja Ahmad yang bakal menemui penonton melalui saluran Salam HD di Unifi TV. Drama sebanyak 13 episod ini diarahkan oleh Rusdi Ramli dan diterbitkan oleh produksi A. Aida Production Sdn Bhd. Walau bagaimanapun, tarikh tayangan sebenar drama ini masih belum dimuktamadkan.

Antara pelakon yang membintangi drama bersiri ini adalah Mustaqim Bahadon dan Dayang Areeda sambil dibantu oleh pelakon yang lain seperti Said Ismail, Siti Khadijah Halim, Farisya Irwayu, Zulkifli Ismail, Fadilah Mansor, Zack Kool, Atira Karma, Hanna Qistina, Ameerul Ashraf, Sam Suhaid, Silfeny Osman dan Fateha Khai.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 13 episod
  • Tarikh Tayangan: 2020
  • Waktu Siaran: –
  • Stesen TV: Unifi TV (Salam HD)
  • Penulis Skrip: RK Team, Rina Khan, Amin SHakib, Nana Khalil
  • Penulis Novel: Jaja Ahmad
  • Pengarah: Rusdi Ramli
  • Produksi: A.Aida Production Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Mustaqim Bahadon, Dayang Areeda, Said Ismail, Siti Khadijah Halim, Farisya Irwayu, Zulkifli Ismail, Fadilah Mansor, Zack Kool, Atira Karma, Hanna Qistina, Ameerul Ashraf, Sam Suhaid, Silfeny Osman, Fateha Khai,

Watak Pelakon

  • Mustaqim Bahadon sebagai Umar Hatta
  • Dayang Areeda sebagai Leyla Adra
  • Said Ismail sebagai Zafran
  • Siti Khadijah Halim sebagai Dahlia
  • Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Zakwan
  • Fadilah Mansor sebagai Puan Sri Suhaila
  • Farisya Irwayu sebagai Lutfiyah
  • Zack Kool sebagai Aiman
  • Hanna Qistina sebagai Anis
  • Ameerul Ashraf sebagai Ammar
  • Sam Suhaid sebagai Jeff
  • Atira Karma sebagai Wanda

Sinopsis Umar Hatta

Drama ini mengisahkan tentang hubungan antara Hatta dan Leyla iaitu sebagai majikan dan pekerja. Leyla jatuh cinta pada majikannya dan tanpa disangka cintanya tidak bertepuk sebelah tangan kerana Hatta juga mempunyai perasaan yang sama. Tetapi kisah silam Hatta membuatkan dia takut untuk kehilangan Leyla.

Dahlia pula menyelit kerana jatuh cinta pada abangnya Hatta walaupun mereka bukan adik beradik kandung membuatkan Leyla selalu dipandang sinis oleh Dahlia. Seterusnya kemunculan Zafran pula menambahkan lagi ketakutan Hatta tentang masa lalunya akan terbongkar. Zafran asyik mengganggu Hatta dan saat yang tak disangka akhirnya Leyla sendiri telah tahu rahsia yang disimpan oleh Hatta. Rahsia apa yang Hatta sembunyikan? Sama-sama kita saksikannya nanti.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: