Langgan newsletter kami!
Drama Bulan Di Kota Langit

Drama Bulan Di Kota Langit (TV Okey)

Kemaskini
Tarikh tayangan drama bersiri ini ialah pada 13 Jun 2020, setiap hari, jam 10.00 malam di TV Okey.

Saksikan drama bersiri terbaharu di RTM berjudul Bulan Di Kota Langit. Drama ini akan bersiaran sebanyak 20 episod namun tarikh tayangan sebenar masih belum dimuktamadkan lagi. Ia diarahkan oleh Ollynn Khadri dan diterbitkan oleh kru produksi dari CMA Media Sdn Bhd.

Drama ini dibintangi oleh aktress cantik Risteena Munim dan Isa Khan. Selain itu, pelakon-pelakon lain yang menjayakan drama ini termasuklah Fezrul Khan, Fazren Rafi, Fahmi Reza, Syifa Melvin, Farez Ridzwan, Qi Razali, Faris Fitri, Zalfa Zin, Shukri Tahir, Lisdawati, Izzy Reef dan ramai lagi. Selamat menonton!

Info Drama Bersiri

  • Episod: 20 episod
  • Tarikh Tayangan: Bermula 13 Jun 2020
  • Waktu Siaran: Setiap hari, jam 10.00 malam
  • Stesen TV: TV Okey RTM
  • Penulis Skrip: Faten Syamimie
  • Pengarah: Ollynn Khadri
  • Produksi: CMA Media Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Nur Risteena Munim, Isa Khan, Fezrul Khan, Fazren Rafi, Fahmi Reza, Syifa Melvin, Farez Ridzwan, Qi Razali, Faris Fitri, Zalfa Zin, Shukri Tahir, Lisdawati, Izzy Reef, Reza Hasbi, Liza Abdullah,Roy Azman

Watak Pelakon

  • Risteena Munim sebagai Munirah
  • Isa Khan sebagai Aditya Prasetya
  • Qi Razali sebagai Uzair
  • Afierariana Agoes sebagai Jelita
  • Fezrul Khan sebagai Amirul
  • Fazren Rafi sebagai Aqil
  • Fahmi Reza sebagai Afiq
  • Farez Ridzwan sebagai Aathif
  • Faris Fitri sebagai Faiz
  • Zalfa Zin sebagai Wahida
  • Syifa Melvin sebagai Emelyn
  • Neera Azizi sebagai Nuri
  • Shukri Tahir sebagai Uwais

Sinopsis Bulan Di Kota Langit

Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Munirah bersama empat orang abangnya. Ibu mereka meninggal selepas melahirkan Munirah. Sebelum ibunya meninggal dunia, Amirul diamanahkan untuk menjaga adik beradiknya dan sentiasa bersikap tegas dengan mereka.

Munirah berjaya melanjutkan pelajaran di kolej tempatan manakala abangnya masing-masing sudah mempunyai kerjaya sendiri. Namun begitu, Amirul dan adik-adiknya terkejut dengan kehilangan Munirah dan menyalahkan Aathif. Munirah mendapat kerja di sebuah restoran milik Pak Agus. Di situ dia berjumpa Uzair iaitu seorang pengembara dari Malaysia yang juga bekerja di restoran tersebut. Saksikan kesudahan kisah yang menarik ini di TV Okey RTM.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: