Langgan newsletter kami!
Wanita Milik Tuan Putra

Drama Wanita Milik Tuan Putra (TV3)

Jangan lupa saksikan drama adaptasi novel Wanita Milik Tuan Putra karya Aunie Ayunie lakonan Hisyam Hamid, Intan Najuwa dan Sherry Ibrahim. Siri drama 28 episod ini diterbitkan oleh Orangetree Production dan diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli. Wanita Milik Tuan Putra akan bersiaran di Slot Akasia TV3 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 hingga 8.00 malam, bermula 21 Oktober 2022.

Info Drama

  • Jumlah Episod: 28
  • Tarikh Siaran: 21 Oktober 2022
  • Waktu Tayangan: Isnin hingga Jumaat, 7.00 – 8.00 malam
  • Stesen TV: TV3
  • Slot: Akasia
  • Penulis Novel: Aunie Ayunie
  • Penulis Skrip: Amin Shakib, Amar Amir, IB Nawawi, Azmy Ariff, Azril Hamzah
  • Pengarah: Shuhaimi Zulkefli
  • Produksi: Orangetree Production Sdn Bhd
  • Lagu Tema: Marsha Milan – Kembali Terang

Watak Pelakon

  • Intan Najuwa sebagai Bunga Zinnirah
  • Hisyam Hamid sebagai Tuan Putra Anaqi
  • Sherry Ibrahim sebagai Tengku Tania
  • Natasya Mahyan sebagai Eva
  • Wafariena sebagai Airis
  • Syazuwan Hassan sebagai Emir
  • Hafidz Roshdi sebagai Asmara
  • Badrul Muhayat sebagai Dato Azka
  • Kuza sebagai Datin Luna
  • Kathy Azian sebagai Puan Sri Ainon
  • Enot sebagai Zuridah
  • Eddy Effrimz sebagai Malik
  • Aznah Hamid sebagai Mak Jah
  • Azman Jantan sebagai Pak Jais
  • Kay Maria sebagai Mak Ngah
  • Draman Md sebagai Pak Ngah
  • Ieka Zulkifli sebagai Rina
  • Farah Wahida sebagai Shiela
  • Ramli Saleh sebagai Ramli

Sinopsis Wanita Milik Tuan Putra

Cinta, benarkah membawa bahagia? Benar, tapi harus ada derita dan air mata. Hot and spicy, gelaran yang tepat untuk Tuan Putra Anaqi. Pendek kata, dia adalah guy yang sempurna. Pertemuan demi pertemuan dengan Bunga Zinnirah, meyakinkan Putra bahawa itu bukanlah satu kebetulan, tapi satu suratan yang indah.

Menentukan bahawa sesuatu perjumpaan itu sekadar pertemuan atau satu suratan amat menyulitkan. Dengan kemunculan Bunga Zinnirah, dapatkah Tuan Putra Anaqi mengubah nasib dirinya setelah pemergian isterinya sekian lama?

“Cinta bukan tentang apa yang kita lihat, tapi cinta adalah tentang apa yang kita rasa.” – PUTRA

“You adalah pemandangan yang indah dan I harus menikmatinya.” – BUNGA

Bunga (Intan Najuwa) dihalau keluar oleh bapa angkatnya, Dato’ Azka apabila mendapati Bunga bersama lelaki lain di dalam bilik! Bunga tiada tempat untuk berteduh. Namun, dengan bantuan Tuan Putra (Hisyam Hamid), Bunga dapat menumpang di rumahnya bersama pembantu rumah iaitu, Mak Jah dan Pak Jais.

Insiden yang berlaku kepada Bunga membuatkan Putra berasa simpati dan juga menjadikan dirinya akur untuk menikah dengan Bunga atas desakan Dato’ Azka. Di mana ada cinta, di situlah ada perasaan benci. Tania (Sherry Ibrahim), kakak tiri kepada Putra tidak merestui perkahwinan mereka kerana sudah lama menyimpan perasaan terhadap Putra.

“You are really a beast, Tuan Putra.” – BUNGA

“I am a beast. I tak layak untuk you.” – PUTRA

Lama kelamaan, hubungan mereka semakin erat dan Putra mula menyedari bahawa cintanya terhadap Bunga semakin mekar. Adakah sesuatu bakal mengancam hubungan mereka? Atau adakah cinta mereka dapat dipertahankan hingga akhir hayat?

Sama-sama kita saksikan kesudahan drama yang penuh emosi ini pada waktu masa seperti tertera di atas.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: