Langgan newsletter kami!
Teknik Martingale

EA Guna Teknik Martingale – Adakah Berjaya?

Apa Itu Martingale

Strategi Martingale adalah satu teknik trading berdasarkan idea bahawa seorang trader harus meningkatkan pelaburan selepas mengalami kerugian untuk akhirnya menebus dengan keuntungan. Strategi Martingale kerap digunakan pada binary option, forex, kripto dan jenis perdagangan yang lain.

Risiko Teknik Martingale

Walaupun strategi Martingale boleh menjadi sangat berkesan dalam beberapa situasi, ia juga boleh menjadi sangat berisiko yang mungkin akan menyebabkan anda muflis atau MC. Masalah utama dengan strategi Martingale ialah ia tidak melihat kepada keadaan pasaran, trend atau instrumen kewangan yang diperdagangkan, dan ini boleh mengakibatkan kerugian besar jika pasaran bergerak berlawanan dengan kehendak trader.

Selain itu, strategi ini adalah berdasarkan andaian bahawa pasaran yang pada mulanya berlawanan arah akan akhirnya bergerak kepada mengikut arah yang dikehendaki oleh trader. Namun dalam dunia realiti, tidak ada jaminan bahawa ini akan berlaku terutamanya semasa dalam pasaran dalam keadaan volatile. Strategi ini juga boleh mengakibatkan akaun trading akan berterusan mengalami kerugian sehingga ekuiti menyusut dengan sekelip mata.

Contoh Strategi Martingale

Contoh penggunaan strategi Martingale adalah seperti berikut:

    • Trade pertama, anda labur $100 dan rugi $100.
    • Trade ke-2, anda labur $200 (iaitu 2 kali ganda daripada jumlah trade pertama) dan rugi $200.
    • Trade ke-3, anda labur $400 (iaitu 2 kali ganda daripada jumlah trade kedua) dan rugi $400.
    • Trade ke-4, anda labur $800 (iaitu 2 kali ganda daripada jumlah trade ketiga) TETAPI anda untung dan ekuiti menjadi $1600 ($800 modal + $800 untung).
    • Jadi dalam contoh ini, anda kerugian $700 ($100 + $200 + $400) pada 3 trade pertama, tetapi anda untung $800 ($1600 – $800) pada trade keempat. Jadi keuntungan sebenar anda ialah $100 iaitu $800 (untung daripada trade ke-4) – $700 (rugi daripada trade 1-3).

EA Berdasarkan Martingale

Jadi, jika anda bercadang untuk menggunakan EA berdasarkan strategi Martingale, adalah penting untuk anda sedar akan risiko yang terlibat supaya semua pelaburan tidak hangus sekelip mata.

Nasihat yang perlu anda ikuti adalah dengan menggabungkan strategi ini dengan teknik pengurusan risiko yang betul untuk mengurangkan potensi kerugian besar. Anda juga disarankan untuk berbincang dengan trader berpengalaman atau penasihat kewangan sebelum menggunakan mana-mana EA.

Berjaya Dengan Strategi Martingale

Teknik Martingale boleh membuahkan hasil yang sangat baik jika anda pertimbangkan untuk menggunakannya dengan cara efektif seperti di bawah:

  • Gunakan pengurusan risiko yang baik
    Seperti yang disebutkan sebelumnya, teknik Martingale memiliki risiko yang cukup tinggi. Oleh itu, penting untuk menggunakan pengurusan risiko yang baik untuk membatasi potensi kerugian.
  • Pilih instrumen yang stabil
    Ia lebih efektif digunakan pada instrumen yang stabil dan tidak terlalu volatile
  • Gunakan stop loss
    Menggunakan stop loss yang munasabah dan ratio untung-rugi yang baik. Ingat, tiada sistem yang sempurna dan rugi sekali tidak semestinya tidak untung.
  • Tetapkan batas kerugian
    Batas kerugian harus ditetapkan sebelum membuka posisi dan jangan pernah melebihi batas kerugian yang telah ditetapkan.
  • Gunakan strategi yang sesuai
    Teknik Martingale harus digunakan bersama strategi yang sesuai dengan kondisi pasaran dan indikator teknikal yang betul.
  • Gunakan ukuran posisi yang sesuai
    Jumlah lot untuk setiap posisi trade harus ditentukan dengan baik sehingga tidak terlalu besar ataupun tidak terlalu kecil.
  • Jangan overtrade
    Jangan terlalu kerap membuka posisi kerana ia akan meningkatkan risiko kerugian dan mengurangi potensi keuntungan.
  • Jangan emosi
    Jangan terlalu terpengaruh dengan emosi di saat trading kerana ini menyebabkan trader membuat keputusan yang salah.

Sekali lagi, penting untuk diingat bahwa teknik Martingale memiliki risiko yang cukup tinggi, jadi sebaiknya digunakan dengan berhati-hati dan kombinasikan dengan pengurusan risiko yang baik.

Jika anda masih mencari broker terbaik untuk trading, sila consider FBS. Broker FBS sangat dipercayai dan merupakan Official Partner kepada pasukan bola sepak Leicester City FC. Saya sendiri telah menggunakan broker ini sejak tahun 2017.

▶️ Daftar Akaun FBS di sini + 100% Deposit bonus ◀️

FBS Leicester City Sponsor

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: