Langgan newsletter kami!
Family Dinner Images

Etika Pemakanan di 5 Negara Asia

Merancang untuk bercuti ke negara Asia? Ini etika pemakanannya!

Asia ialah benua yang terbesar. Asia gemar dijadikan tumpuan pelancong kerana kevariasian makanannya. Biasalah, apabila di tempat orang, kita harus menyesuaikan diri dengan adab, budaya dan etika di situ. Memandangkan kita sedang bercakap tentang kepelbagaian makanan, mari kita pelajari etika pemakanan di negara-negara Asia ini.

1. Etika Makan Di Vietnam

Di Vietnam, seperti yang kita ketahui secara umum, mereka menikmati makanan menggunakan chopstick dan sudu. Jika anda kurang yakin dengan kebolehan anda menggunakan chopstick atau nama lainnya penyepit makanan, mintalah garpu daripada pihak restoran. Ianya menjadi kebiasaan untuk membawa mangkuk dekat pada mulut ketika makan. Kedua-dua belah tangan berada di atas meja dengan salah satu daripadanya untuk memegang chopstick manakala satu lagi tangan untuk memegang mangkuk nasi.

2. Etika Makan Di Myanmar

Di Myanmar atau sebelumnya dikenali sebagai Burma, makanan dihidang di atas sebuah meja yang bulat dan rendah. Di rumah rumah di Myanmar, jarang untuk kita jumpa perkakas dapur dan dalam keadaan ini, anda haruslah makan dengan tangan dan harus diingat untuk menggunakan tangan kanan. Gunakan semua jari ketika makan dan makan dengan kemas. Berilah keutamaan kepada mereka yang lebih tua untuk makan dahulu.Ketika waktu makan, fokus diberikan kepada makanan tersebut dan bukannya apa-apa perbualan jadi usahlah risau, anda boleh makan dengan tenang. Selesai makan, bangun dan pergi ke basin berdekatan untuk membasuh tangan.

3. Etika Makan Di Thailand

Bersiap sedia untuk berkongsi makanan dengan seluruh meja! Di Thailand, semua makanan yang dipesan adalah untuk dikongsi bersama semua orang di meja makan itu. Apabila makanan tiba di meja makan, beringatlah dalam mengambil makanan! Ambillah makanan dalam jumlah yang mampu ditanggung oleh perut anda sahaja. Ianya tidak sopan untuk meninggalkan makanan yang berjumlah besar dalam pinggan. Seterusnya, seperti kebiasaan, ianya tidak sopan untuk makan sambil berbunyi dan apabila tiba waktu untuk menjelaskan bayaran, tawarlah diri anda untuk membayar makanan walaupun hanya untuk bahagian anda. Tawarkan hanya sekali saja, jika ditolak, anda harus menerimanya.

4. Etika Makan Di Kemboja

Apabila makan dalam kumpulan yang besar, utamakanlah mereka yang paling tua. Merekalah yang akan duduk dahulu mendahului yang lebih muda, dan mereka jugalah yang pertama untuk makan. Melihat kepada meja makan, anda mungkin akan sedar akan perkara ini! Adanya sudu, garpu, penyepit makanan namun pada kadar kebiasaannya, tiada pisau. Elakkan dari membawa garpu terus ke mulut, sebaliknya kemaskan makanan pada sudu atau celahan penyepit makanan dengan garpu. Anda juga boleh menjangkakan makanan yang sampai di meja anda melebihi apa yang anda pesan. Ambillah sedikit dari semuanya, atau tidak mengambil apa-apa pun dari apa yang dipersembahkan. Bayaran tambahan hanya akan dikenakan ke atas makanan tambahan yang anda cuba.

5. Etika Makan Di India

Mari kita pergi ke negara Asia yang jauh sedikit dari Malaysia, iaitu India. Terdapat tempat yang menjadi kebiasaan untuk makan dengan tangan dan ada juga yang menggunakan sudu dan garpu. Jika anda diletakkan di tempat yang hanya menggunakan tangan untuk menjamah makanan, beringatlah untuk terlebih dahulu membasuh tangan sebelum makan. Makan dengan hanya menggunakan tangan di sebelah kanan. Mereka yang boleh memakan daging dan tidak memakan daging boleh duduk bersebelahan, namun alatan yang digunakan untuk daging tidak boleh bercampur dengan mereka yang hanya makan sayur.

Berikut merupakan sebahagian kecil etika pemakanan di lima negara Asia. Kita harus mematuhi etika-etika ini ketika berada di negara tersebut kerana ianya simbol penghormatan kepada budaya di negara itu.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: