Langgan newsletter kami!
Anak Perjanjian Syaitan

Filem Anak Perjanjian Syaitan (2019)

Anak Perjanjian Syaitan adalah filem seram yang kini mula ditayangkan di pawagam pada 24 Oktober 2019 yang lalu. Filem yang diarahkan oleh Helmi Yusof ini dibintangi oleh Nadzmi Adhwa, Chacha Maembong, Jasmin Hamid dan ramai lagi pelakon tanahair. Jom kita sama-sama saksikannya di panggung.

Info Filem Anak Perjanjian Syaitan

  • Tarikh Tayangan: 24 Oktober 2019
  • Genre: Seram
  • Klasifikasi: P13
  • Durasi: 1 Jam 35 Minit
  • Penulis Skrip: Subroto Katimin
  • Pengarah: Helmi Yusof
  • Pengedar: Empire Film Solution
  • Terbitan: Screen Studio Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Nadzmi Adhwa, Chacha Maembong, Azlan Komeng, Shahrulnizam Noor, Jasmin Hamid, Mohd Zabri Ibrahim, Roslan Sallen, Attika Suhaimai, Badrul Muhayat

Watak Pelakon Filem Anak Perjanjian Syaitan

  • Nadzmi Adhwa sebagai Cikgu Zaidy
  • Chacha Maembong sebagai Azlinda
  • Jasmin Hamid sebagai Puan Rahmah
  • Shahrulnizam Noor sebagai Pak Man

Sinopsis Filem Anak Perjanjian Syaitan

Mengisahkan tentang Cikgu Zaidy dan isterinya, Azlinda yang sudah tujuh tahun berkahwin, tetapi tidak mempunyai cahaya mata. Mereka berdua sentiasa ditekan oleh ibu Cikgu Zaidy iaitu Puan Rahmah seorang janda kaya kematian suami yang terlalu ingin menimang cucu. Cikgu Zaidy selalu didesak supaya berkahwin lain dan Azlinda sentiasa dicemuh oleh ibu mertuanya itu.

Kemudian Cikgu Zaidy memohon untuk berpindah tempat kerja supaya memperoleh ketenangan dan ditempatkan di sebuah kampong di daerah kelahiran arwah bapanya. Mereka tinggal di rumah pusaka nenek Cikgu Zaidy. Rumah pusaka yang terpencil dan menyeramkan itu dijaga oleh tukang kebun, Pak Man dan sudah tidak didiami selama lebih lima tahun.

Sejak berpindah ke rumah tersebut, Azlinda sering menerima gangguan berupa suara bayi dan kanak-kanak bermain yang sering menghantuinya sehingga dia histeria dan pengsan. Apabila dibawa ke klinik, Azlinda telah disahkan hamil oleh doktor.

Bagaimanapun, setelah disahkan hamil, Azlinda masih sering diganggu lagi, mimpi yang aneh dan perutnya yang tiba-tiba membesar secara luar biasa. Sehingga suatu hari semasa diganggu dia berlari keluar dan hampir dilanggar oleh jirannya yang ‘misteri’.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: