Langgan newsletter kami!
Header Busut Bonang

Filem Busut Bonang (2019)

Busut Bonang adalah sebuah filem yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 19 Disember 2019 (Khamis). Filem yang berlatar belakang seram komedi ini diarahkan oleh Khalid Nadzri.

Ia dibintangi oleh ramai pelakon hebat antaranya Nadzmi Adhwa, Along Eyzendy, Jasper Supayah, Rashidah Jaafar, Sahronizam Noor, Hairi Safwan, Aloy Paradoks, Abby Nadzri, Badrolshah dan Ropie Cecupak.

Info Filem Busut Bonang

  • Tarikh Tayangan: 19 Disember 2019
  • Genre: Seram, Komedi
  • Klasifikasi: P13
  • Durasi: 1 Jam 31 Minit
  • Idea Asal: Siti Jasmina Ibrahim
  • Skrip: Siti Jasmina Ibrahim, Aloy Paradoks
  • Pengarah: Khalid Nadzri
  • Pengedar: Empire Film Solution
  • Produksi: Alfanazra Productions Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Nadzmi Adhwa, Along Eyzendy, Jasper Supayah, Rashidah Jaafar, Sahronizam Noor, Hairi Safwan, Aloy Paradoks, Abby Nadzri, Badrolshah, Ropie Cecupak

Watak Pelakon

  • Nadzmi Adhwa sebagai Lutfy
  • Along Eyzendy sebagai Joey
  • Jasper Supayah sebagai Julia
  • Rashidah Jaafar sebagai Latipah
  • Sahronizam Noor sebagai Ngah Ali
  • Hairi Safwan sebagai Buyong Lah
  • Aloy Paradoks sebagai Lokman
  • Abby Nadzri sebagai Aina
  • Badrolshah (Bard) sebagai Salleh
  • Ropie sebagai Cikgu Hassan

Sinopsis Busut Bonang

Mengisahkan tentang keluarga seorang guru yang terpaksa mewarisi saka Busut Bonang. Terdapat syarat saka tersebut untuk menjaga keluarga dan keselamatan kampung Bonang iaitu mestilah dijamu dan dipuja pada setiap tahun di kawasan Busut tersebut di dalam hutan. Guru yang mewarisi saka tersebut engkar dengan syarat tersebut dan beliau mendapat kecelakaan dan mati di kawasan Busut.

Kematian mengerikan Cikgu Hassan yang menyebabkan timbul cerita oleh orang kampung bahawa kelibat arwah dilihat berkeliaran di Kampung Bonang untuk menuntut pewaris baru. Ini menjadikan penduduk kampung berada di dalam ketakutan akibat peristiwa kematian guru tersebut.

Semasa hayatnya guru tersebut telah menghantar anak perempuannya belajar ke luar negara dengan harapan agar saka tersebut tidak boleh diwarisi oleh anaknya. Kepulangan anaknya di kampung mewujudkan banyak perkara misteri berlaku. Antaranya seperti gangguan orang halus, nampak hantu menyerupai si mati berkeliaran dan ramai orang kampung yang telah dirasuk makhluk halus.

Sementara itu, Joey, pemilik rancangan televisyen “Merungkai Misteri” dipanggil untuk menyiasat kebenaran di sebalik kejadian itu. Untuk memusnahkan saka yang berkeliaran tanpa tuan di kampung, maka anak guru tersebut dan rakan-rakannya bertindak dengan menggunakan kaedah meletupkan Busut tersebut dengan bom. Tindakan tersebut berjaya dan saka Busut Bonang dapat dihapuskan. Setelah saka tersebut mati maka amanlah semula kampung tersebut.

Trailer / Teaser

Poster

Poster Filem Busut Bonang

Rujukan: cinema.com.my

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: