Langgan newsletter kami!
Filem Daulat (iflix)

Filem Daulat (iflix)

Filem yang bertemakan konflik politik sememangnya jarang dipersembahkan untuk tontonan. Namun begitu, filem bertajuk ‘Daulat‘ terbitan Lacuna Pictures ini sememang lain dari yang lain. Ia mengetengahkan cerita berkaitan pergolakan politik melalui laman video streaming tempatan iflix.

Filem yang memulakan tayangan pada 6 April 2020 ini diarahkan oleh Imran Sheik dan dibintangi oleh beberapa pelakon senior tanahair seperti Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Cristina Suzanne, Jasmine Suraya, Zul Zamir, Amar Asyraf, Sangeeta Krishnasamy dan Dato Jalaluddin Hassan.

Jadi jangan lupa untuk book tarikh anda di musim #covid19 dan #pkp ini. Selamat menonton!

Info Filem

  • Tarikh Tayangan: 6 April 2020
  • Genre: Thriller, Drama, Politik
  • Klasifikasi: PG-13
  • Pengarah: Imran Sheik
  • Produksi: Lacuna Pictures
  • Senarai Pelakon: Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Cristina Suzanne, Jasmine Suraya, Zul Zamir, Amar Asyraf, Sangeeta Krishnasamy, Dato Jalaluddin Hassan
  • Website: iflix.com

Watak Pelakon

  • Vanidah Imran sebagai Suri
  • Rashidi Ishak sebagai Idrus
  • Tony Eusoff sebagai Hassan
  • Jasmine Suraya sebagai Jasmin Choo
  • Cristina Suzzane sebagai Nadiya Hassan
  • Zul Zamir sebagai Ali Fahim

Sinopsis Filem Daulat

Mengisahkan tentang perjalanan karier ahli politik dan asam garam dunia politik. Setelah mengalami kekalahan dalam pilihanraya umum, presiden MUNA, Hassan mengambil keputusan melantik Suri, anak didik politiknya sebagai timbalan presiden parti. Suri, dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan matlamatnya tercapai, termasuklah memastikan MUNA memenangi kembali pilihanraya umum seterusnya walau dengan apa jua cara sekalipun.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: