Langgan newsletter kami!
Biodata Isaac Iman

Biodata Isaac Iman, Pelakon Cilik Drama Ironi Kasih

Isaac Iman merupakan antara artis cilik yang sedang meningkat naik di Malaysia ketika ini. Untuk rekod, beliau merupakan adik kepada seorang lagi pelakon cilik yang popular iaitu adik Nik Adam Mika. Populariti adik Isaac Iman mula meningkat sejak keletah comelnya dalam drama Encik Imam Ekspres bersiaran di Astro Ria pada 2019 yang lalu.

Terbaharu, beliau akan muncul dalam satu lagi drama bersiri di TV3 berjudul Ironi Kasih yang ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.00 hingga 8.00 malam. Drama yang ditayangkan di TV3 melalui Slot Akasia ini dibintangi oleh Intan Najuwa, Aqasha, Intan Ladyana dan Fizz Fairuz.

Jom kita lihat biodata dan profile Isaac Iman seperti di bawah.

Biodata Isaac Iman

  • Nama Penuh: Nik Muhammad Aizat Iman Bin Nik Mohd Adli
  • Nama Popular: Isaac Iman
  • Umur: 6 Tahun (2020)
  • Tahun Lahir: 2015
  • Keluarga: Nik Mohd Adli Bin Nik Azlan (ayah)
  • Bangsa: Melayu
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon dan Model Kanak-kanak Malaysia
  • Drama: Encik Imam Ekspres, 30 Pesanan Suara, Ironi Kasih
  • Telemovie: Rindu Cinta Zulaikha
  • Instagram (IG): @isaaciman01

Fakta Menarik

  • Merupakan adik kepada seorang lagi pelakon kanak-kanak popular iaitu Nik Adam Mika.
  • Mula aktif berlakon sejak tahun 2019.
  • Scene lakonan yang paling susah setakat ini adalah scene tidur.
  • Drama pertama lakonan adalah melalui Drama Encik Imam Ekpress yang dibintangi oleh Fikry Ibrahim, Ben Amir dan Nelydia Senrose sebanyak 14 episod di Astro Ria.
  • Telemovie pertama pula adalah berjudul Rindu Cinta Zulaikha yang dilakonkan bersama Alif Satar dan Uqasha Senrose.
  • Mempunyai followers sebanyak hampir 85k di Instagram.
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: