Langgan newsletter kami!
KL Vampires 2019

Filem KL Vampires (2019)

KL Vampires ialah sebuah filem terbaharu yang akan muncul di pawagam pada 14 November ini. Filem berlatar belakang aksi seram ini mengetengahkan pergaduhan di antara kumpulan pontianak. Ia dilakonkan oleh pelakon Malaysia iaitu Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafrel, Reen Rahim dan Pablo Amirul sementara Doni Alamsyah dan Cecep Arif Rahman pula dari Indonesia.

Menurut pengarah filem ini Daven R, 60 peratus penggambaran dilakukan di Malaysia manakala selebihnya di Jogjakarta, Indonesia.

“Saya tidak terburu-buru kerana mahu menghasilkan filem berkualiti dengan bajet yang mencukupi. Sebenarnya sewaktu memperkenalkan idea ini kepada beberapa penerbit, mereka memaklumkan di Malaysia orang hanya mengenali puntianak dan bukannya ‘vampire’. Pelbagai cabaran saya hadapi sepanjang merancang pembikinan filem ini, namun saya nekad meneruskan impian itu”

“Kemudian, saya berjumpa semula dengan penerbit dan menggunakan mitos itu untuk menyokong filem berkenaan. Namun, KL Vampires bukan berdasarkan Raja Bersiong kerana plot cerita berbeza dan dicipta sepenuhnya oleh saya” – Daven R, Pengarah Filem

Info Filem KL Vampires

  • Tarikh Tayangan: 14 November 2019
  • Bahasa: Melayu / Malaysia
  • Klasifikasi: P13
  • Genre: Aksi / Seram
  • Durasi: 1 Jam 54 Minit
  • Penulis Skrip: Script: Nazri & Saiful Zaidrin
  • Music Score: Pelukan Angkasa by Sekumpulan Orang Gila ft Shila Amzah
  • Pengedar: Empire Film Solution
  • Pelakon: Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafrel, Reen Rahim, Doni Alamsyah, Pablo Amirul, Cecep Arif Rahman, Wan Hanafi Su, Saiful Apek, Faizal Hussain, Mustaqim Bahadom
  • Pengarah: Daven R
  • Format: 2D

Watak Pelakon Filem KL Vampires

  • Raja Ilya sebagai Ratu Citra Sari
  • Josiah Hogan sebagai Shah
  • Aeril Zafrel sebagai Indera
  • Reen Rahim sebagai Reem
  • Donny Alamsyah sebagai Agus
  • Yuzz Mohd. Nor sebagai Harad
  • Mustaqim Bahadon sebagai Alang
  • Ismi Melinda sebagai Maya
  • Jeff Omar sebagai Panglima Awang
  • Denes Kumar sebagai Khai
  • Cecep Arif Rahman sebagai Rudi Hikayat
  • Pablo Amirul sebagai Van Kordi
  • Saiful Apek sebagai Caki
  • Wan Hanafi Su sebagai Jaka Santoro
  • Azri Iskandar sebagai En. Jamal
  • Godfred Orindeod sebagai Vampire Jahat
  • Bront Palarae sebagai Opening Voice Over

Sinopsis Filem KL Vampires

Mengisahkan tentang dua kumpulan pontianak, yang mana kedua-duanya berketurunan Raja Bersiong. Mereka sudah insaf daripada melakukan kekejaman dan hidup dengan aman bersama manusia di ibu kota. Mereka juga tidak lagi menghisap darah manusia sebaliknya menggantikannya dengan darah sintetik. Ketika ini, kumpulan pontianak yang paling kuat diketuai oleh Ratu Pontianak bernama Ratu Citra Sari dan dibantu oleh ketua komander Shah.

Sebuah lagi kumpulan pontianak diketuai oleh Argus, anak kepada Panglima Adi Wijaya yang mengkhianati Raja Bersiong, bapa kepada Ratu Citra Sari. Namun begitu, Argus cuba membangkitkan semula tentera bapanya yang dibunuh bersama Panglima itu kira-kira 200 tahun lalu oleh Raja Bersiong. Pembunuhan ini menggunakan sihir yang telah menimbus mereka ke dalam tanah. Walau bagaimanapun, pembangkitan semula itu hanya boleh dilakukan dengan menggunakan sebilah ‘pisau bersiong’ bersama mantera istimewa.

Kehadiran pontianak baru yang diketuai Argus di ibu kota mula mencetuskan huru-hara apabila kumpulan itu mula memburu manusia. Bagi menghentikan keganasan itu, Ratu Suraya mengumpulkan beberapa pontianak untuk menghapuskan kumpulan terbabit. Rupa-rupanya di sebalik serangan itu, Argus sebenarnya mempunyai motif sendiri dan berniat merampas takhta Ratu Suraya.

Trailer Filem KL Vampires

Review Filem KL Vampires

Jika anda sudah menonton filem ini, jangan lupa catitkan sedikit review di bahagian komen untuk tatapan dan panduan pengunjung yang lain. Semoga review anda dapat membantu mereka yang belum berkesempatan ataupun masih ragu-ragu untuk menonton filem ini.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: