Langgan newsletter kami!
Filem Zharfa 2019

Filem Zharfa (2019)

Zharfa The Movie adalah sebuah filem hasil gabungan dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Ia menampilkan Kaka Kaka Azraff sebagai pelakon utama di samping pelakon popular Indonesia, Donny Alamsyah. Filem ini diarahkan oleh Ruli Wanisar dan penggambarannya telah berlangsung pada April tahun lalu.

Info Filem

  • Tarikh Tayangan: 7 November 2019
  • Genre: Drama
  • Bahasa: Melayu / Indonesia
  • Pengedar: Empire Film Solution
  • Pelakon: Kaka Azraff, Donny Alamsyah, Shelomita, Betari Ayu
  • Pengarah: Ruli Wanisar
  • Instagram: @zharfa.themovie

Sinopsis Filem

Mengisahkan tentang Zharfa, seorang gadis yang cantik. Biarpun mempunyai rupa paras menarik, namun penampilan Zharfa, gadis yang berasal dari Malaysia, jauh berbeza dengan perwatakannya yang kuat memberontak dan hidupnya dilanda pelbagai masalah. Salah satu puncanya adalah kekecewaan yang dialami Zharfa selepas ditinggalkan oleh bapa kandungnya, Abdi. Ketika itu usianya baru sahaja mencecah satu tahun.

Perkahwinan ibunya dengan seorang lelaki yang penuh tipu daya menyebabkan dia benci akan bapa tirinya itu. Dia kemudiannya dimasukkan ke sebuah sekolah berasrama di kawasan pedalaman Jawa Barat, Indonesia, akibat sering bertengkar dengan bapa tirinya. Apakah kesudahan kisah Zharfa? Sama-sama kita saksikan di pawagam berhampiran.

Official Trailer

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: