Langgan newsletter kami!
Filem Manap Karaoke (Astro First)

Filem Manap Karaoke (Astro First)

Sebuah filem berunsur komedi, Manap Karaoke akan ditayangkan di saluran berbayar Astro First (Saluran 480) bermula 7 Mei 2020. Peminat boleh menonton filem arahan pengarah tersohor Mamat Khalid ini dengan langganan sebanyak RM15.00 untuk tontonan selama 48 jam (2 hari).

Filem yang diterbitkan oleh Enjit Enjit Semut & Vision Studios ini dibintangi oleh teraju utama iaitu Joey Daud sebagai Manap dan dibantu oleh para pelakon yang lain seperti Pekin Ibrahim, Mona Allen, Ropie, Sharwani NS, Imuda, TJ Isa, Arwah Rab Khalid, Arwah Man Kadir, Ziema Din dan ramai lagi.

Info Filem

  • Tarikh Tayangan: 7 Mei 2020
  • Stesen TV: Astro First
  • Klasifikasi: P13
  • Pengarah: Mamat Khalid
  • Produksi: Enjit Enjit Semut & Vision Studios
  • Senarai Pelakon: Joey Daud, Pekin Ibrahim, Mona Allen, Ropie, Sharwani NS, Imuda, TJ Isa, Arwah Rab Khalid, Arwah Man Kadir, Ziema Din, Nadia Sahab

Sinopsis Manap Karaoke

Kisahnya bermula apabila Manap mendapat idea untuk membuka pusat karaoke yang lain daripada yang lain, iaitu karaoke bergerak. Wahab B menawarkan lori ayahnya dan menjadi pembantu untuk menguruskan peniagaan bersama Manap. Jadi, bermulalah bisnes karaoke mereka berdua. Bermacam-macam insiden lucu terjadi ketika sesi karaoke dijalankan. Bisnes mereka juga mendapat sambutan hangat oleh penduduk kampung tidak kira bangsa dan peringkat umur.

Sementara itu, bisnes karaoke Rauf Bogiba di kampung mereka semakin tidak mendapat sambutan. Rauf Bogiba tidak berpuas hati dan mula menyerang Manap sehingga berlaku pergelutan dan memusnahkan karaoke bergerak Manap. Ini juga menandakan bermulanya perang di antara Manap dan Rauf Bogiba.

Sinopsis (English)

Manap always has bad luck staying employed, as unfortunate events often strikes his places of employment. One day, when he comes across a crowd arguing over a karaoke set, he gets the brilliant idea to start a mobile karaoke business with his friend, Wahab B.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: