Langgan newsletter kami!
Nasi Kerabu Untuk Che Abe

Nasi Kerabu Untuk Che Abe (TV3)

Bila orang kelantan jumpa orang penang apa jadi? Kalau budu campur nasi kandar jadi.. kandu! Jangan lupa untuk menyaksikan sebuah drama bersiri terbaharu di TV3 berjudul ‘Nasi Kerabu Untuk Che Abe‘. Drama ini akan mula bersiaran pada hari raya kedua iaitu 25 Mei 2020, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 petang di TV3.

Pelakon utama yang membintangi drama ini ialah Izzue Islam yang sememangnya berasal dari Kelantan dan adik kepada Fasha Sandha iaitu Elisya Sandha. Di samping itu, ia akan dibantu oleh pelakon yang lain seperti Issey Titan, Scha Elinnea, Hariesa DFKL, Jasmin Hamid dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Heykal Hanifah, iaitu suami kepada pelakon Faezah Elai.

Info Drama

  • Episod: 13 episod
  • Tarikh Tayangan: 25 Mei 2020
  • Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 7.00 petang
  • Stesen TV: TV3
  • Slot: Akasia
  • Pengarah: Heykal Hanifah
  • Produksi: Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.
  • Senarai Pelakon: Izzue Islam, Elisya Sandha, Issey Titan, Scha Elinnea, Hariesa DFKL, Jasmin Hamid, Erynne Erynna, Neera Azizi

Watak Pelakon

  • Izzue Islam sebagai Faizul

Sinopsis Nasi Kerabu Untuk Che Abe

Mengisahkan tentang Faizul iaitu jejaka yang berasal dari Kelantan. Beliau telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di sebuah pusat pengajian di ibu kota dan pada masa yang sama juga beliau minat berniaga. Antara barangan yang dijualnya adalah budu dan burger.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: