Langgan newsletter kami!
Filem Motif

Filem Motif (2019)

Motif‘ adalah sebuah filem berunsurkan jenayah lakonan Sharifah Amani dan Rosyam Nor. Filem ini diarahkan oleh Nadiah Hamzah dan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 26 September lalu.

Info Filem Motif

  • Tarikh Tayangan: 26 September 2019
  • Genre: Jenayah
  • Pengarah: Nadiah Hamzah
  • Terbitan: Wayang Works & Ore Struck Media
  • Senarai Pelakon: Sharifah Amani, Rosyam Nor, Khayrani Kemal, Taqim Zaki, Azhan Rani, Fadhli Masoot, Sherie Merlis, Iedil Putra, Emma Tosh, Mamu Vies, Khalid Salleh

Watak Pelakon Filem Motif

  • Sharifah Amani sebagai Inspektor Dewi
  • Rosyam Nor sebagai Hussein, ayah Anna
  • Iedil Dzuhrie Alaudin sebagai Faisal
  • Taqim Zaki sebagai Inspektor Rizal
  • Emma Tosh sebagai Yasmin
  • Nadia Aqilah sebagai Lena, suara
  • Izze Azzam sebagai Konstabel Hanif
  • Sherie Merlis sebagai Suri, ibu Anna
  • Khayrani Kemal sebagai Anna Hussein
  • Sharmin Edora sebagai Anis Hussein
  • Fadhli Masoot sebagai Azlan
  • Azhan Rani sebagai Kamal
  • Kenji Sawahi sebagai Zamri
  • Azman Hassan sebagai Syukur
  • Yuhang Ho sebagai Lim
  • Sakonlawat Khetboon sebagai Surin
  • Lee Ming sebagai Ming
  • Redza Minhat sebagai IIham
  • Khairunazwan Rodzy sebagai Bakar

Sinopsis Filem Motif

Filem ini mengisahkan seorang detektif dari bandar iaitu Inspektor Dewi yang telah ditugaskan untuk menyiasat sebuah kes kehilangan seorang remaja perempuan bernama Anna di sebuah pekan terpencil di Tanah Merah. Namun, dirinya tidak disukai oleh penduduk pekan itu termasuklah Inspektor Rizal, detektif yang ditugaskan bersamanya.

Bapa kepada Anna iaitu Hussein, yang juga merupakan orang kaya Tanah Merah pula tidak percaya bahawa Inspektor Dewi mampu menjalankan tugas untuk mencari anaknya.

Ramai orang disyaki menjadi dalang di sebalik kehilangan Anna – semua dengan motif mereka yang tersendiri. Adakah ianya Kamal, seorang ah long, atau bekas teman lelaki Anna, Azlan? Ataupun, adakah ibu Anna yang sanggup merancang menggadai nyawa anaknya sendiri?

Dapatkah Dewi merungkai misteri kehilangan Anna apabila dia mula dihimpit dengan konflik dalaman yang semakin menghantui dirinya? Apakah sebenarnya rahsia disebalik semua ini?

Semuanya akan terjawab dalam MOTIF di pawagam berdekatan anda.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: