Langgan newsletter kami!
Anugerah Skrin 2019

Senarai Calon Anugerah Skrin 2019 (ASK2019)

Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) adalah malam pengiktirafan buat karyawan yang terbabit dalam pembikinan rancangan televisyen dan filem tempatan. Ia memberi pengiktirafan kepada para penggiat seni tanah air dan bakal mempertaruhkan 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, 7 kategori filem serta 9 kategori bukan drama dan teknikal.

Info Terperinci ASK 2019

  • Tarikh: 1 November 2019
  • Waktu: 9.00 malam di TV3
  • Tempat: Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra
  • Siaran Langsung: TV3.

Ia bakal menyaksikan 23 kategori dipertandingkan manakala pengumuman barisan pemenang untuk 7 kategori akan disiarkan dalam program Melodi TV3 pada 27 Oktober 2019, jam 12.00 tengah hari.

Selain TV3, ntv7, TV9 dan 8TV yang bernaung di bawah rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 selaku penganjur turut membuka ruang kepada rakan penyiar lain seperti RTM, Astro, Bernama, TV Al-Hijrah dan Hypp TV untuk menyertai ASK 2019 kali ini.

Konsep ASK 2019

Anugerah Skrin 2019 bakal mengekalkan konsep tahun lalu iaitu tanpa hos utama yang mengendalikan malam anugerah tersebut, sebaliknya menampilkan 6 pasangan selebriti berperanan sebagai penyampai anugerah iaitu:

  1. Elly Mazlein dan Shuk
  2. Zizan Razak dan Nabila Huda
  3. Rozita Che Wan dan Zain Saidin
  4. Siti Sarah dan Shuib
  5. Shaheizy Sam dan Syatila Melvin
  6. Azad Jasmin dan Eira Syazira

Malam anugerah akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh pasangan duo seperti Datuk Jamal Abdillah dan Sissy Imann, Syamel dan Ernie Zakri, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah serta Ayda Jebat dan Santesh.

Selain itu, pelbagai segmen lain yang menarik seperti pertunjukan silat mata yang memukau oleh The MADgicians, tarian yang energetik oleh Zeppo Youngster Crew by Boojae, sketsa komedi oleh Ebby Yus, Issey & Zizi Kirana, dan persembahan daripada Andi Bernadee.

Calon Anugerah Skrin 2019

Calon Drama Terbaik
  1. Neraka Kasih Maisarah
  2. Bebaskan Anak Kita
  3. Titi Kayu
  4. Restu Ayah
  5. Terima Kasih Ibu
  6. Remuk
  7. Samad Tedung
  8. Wakaf Dosa
  9. Batik Zakiah
  10. Sirna
  11. Batin Aram-Aram
  12. Di Sisi
  13. Detektif Kemon
  14. Dia Tidak Berdosa
  15. Lalang
  16. Terlingkah
  17. Sesekali Sesekali
Calon Drama Rantaian Terbaik (Bahasa Melayu)
  1. Leftenan Zana
  2. Kamar Kamariah
  3. Nur 2
  4. Pia
  5. Aku Yang Kau Tinggalkan
  6. Sara Kirana
Drama Rantaian Terbaik (Bahasa Cina)
  1. The Promise
  2. Sweet Dilicacy
  3. My Sensei Nyonya
  4. Super Mischevous MIL
Calon Filem Terbaik
  1. Paskal
  2. Gol & Gincu Vol 2
  3. One Two Jaga
  4. Polis Evo 2
  5. Hantu Kak Limah
  6. Operasi X
  7. Misteri Delaila
  8. Munafik 2
  9. Tikin
  10. Tiada Tajuk
  11. Langsuir

Berikut pula merupakan senarai kategori yang dipertandingkan pada malam kemuncak ASK 2019.

  1. Drama Terbaik
  2. Pengarah Terbaik Drama
  3. Lakon TV Terbaik
  4. Pelakon Lelaki Terbaik Drama
  5. Pelakon Wanita Terbaik Drama
  6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
  7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
  8. Drama Rantaian Terbaik
  9. Pelakon Komedi Terbaik
  10. Drama Komedi Terbaik
  11. Videografi Drama Terbaik
  12. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina)
  13. Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian (Melayu/Cina)
  14. Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Melayu/Cina)
  15. Rancangan Majalah Terbaik
  16. Rancangan Realiti Terbaik
  17. Rancangan Anugerah Terbaik
  18. Filem Terbaik
  19. Lakon Layar Terbaik
  20. Pengarah Terbaik Filem
  21. Pelakon Wanita Terbaik Filem
  22. Pelakon Lelaki Terbaik Filem
  23. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
  24. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
Senarai Pemenang 7 Kategori Bukan Drama dan Teknikal
  1. Rekabentuk Set Terbaik – Anugerah Skrin 2018
  2. Montaj Terbaik – Halaqah 2019
  3. Rancangan Dokumentari Terbaik – Majalah 3 (Pertabalan Yang Dipertuan Agong Yang Ke-16)
  4. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Feel Good Show (Deepavali)
  5. Laporan Khas Berita Terbaik – Buletin Utama (Aduan Rakyat ‘Kampung Sampah’)
  6. Rancangan Hiburan Terbaik – RTM Konsert Minggu Ini: Ratu 2.0
  7. Rancangan Anugerah Terbaik – Anugerah Juara Lagu 33
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: