Langgan newsletter kami!
Misi Operasi X

Filem MOX: Misi Operasi X (2019)

M.O.X: Misi Operasi X adalah sebuah filem aksi dan fiksyen sains yang bertemakan ejen penyiasatan arahan Datuk Zulkifli M. Osman. Sesuatu yang menarik tentang penghasilan filem ini ialah apabila ia mengambil masa selama hampir enam tahun hanya untuk penghasilan skrip sahaja. Ini kerana untuk memastikan segala fakta dan landasan mesej yang ingin disampaikan tidak lari dari objektif sebenar, meskipun diolah kepada filem komersial.

Filem ini dibintangi oleh ramai pelakon antaranya Ebi Kornelis dan Tya Arifin. Ia dijangka akan menemui penonton di pawagam pada 21 November 2019.

“Saya pernah membuat kajian tentang bencana akhir zaman yang berpunca daripada senjata rahsia ciptaan manusia. Kemudian ia telah memberi idea kepada saya untuk menghasilkan sebuah filem berdasarkan kajian yang dibuat, namun menyelitkan elemen-elemen komersial” – Datuk Zulkifli M. Osman

Info Filem Misi Operasi X

  • Tarikh Tayangan: 21 November 2019
  • Genre: Aksi / Drama / Fiksyen Sains
  • Bahasa: Melayu
  • Klasifikasi: P13 (Bimbingan ibu bapa untuk kanak-kanak bawah umur 13 tahun)
  • Durasi: 1 Jam 26 Minit
  • Produksi: Wallworld Pictures Sdn. Bhd.
  • Pengedar: Empire Film Solution
  • Pelakon: Ebi Kornelis, Tya Arifin, Shareeta Selvaraj, Wan Adi Rafuan Datuk Rashid, Zaidi Omar, Radhi Khalid, Shareeta Selvaraj, Adam Shahz
  • Pengarah: Zulkifli M. Osman
  • Format: 2D

Watak Pelakon

  • Ebi Kornelis sebagai Don Pedro
  • Tya Arifin sebagai Fifi
  • Shareeta Selvaraj sebagai Zeera
  • Wan Adi Rafuan Datuk Rashid sebagai Martias
  • Dato Jaafri Omar sebagai Komander Moshi
  • Adam Shahz sebagai Jefro
  • Zaidi Omar sebagai Mr. M
  • Salim Saifuddin sebagai Mr. Tippu
  • Bibi Aziah sebagai Sarra
  • Janathan Pithawadian sebagai Surash
  • Yank Kassim sebagai Rajhni Khan
  • Radhi Khalid sebagai Profesor Q

Sinopsis Filem Misi Operasi X

Mengisahkan tentang M.O.X iaitu sebuah badan perisikan yang diketuai oleh ‘M’. Manakala KFR13 pula adalah sebuah organisasi diketuai oleh Komander Moshie. KFR13 menjalankan aktiviti haram dan berkait dengan pertubuhan pengganas antarabangsa berpangkalan di Alaska, yang sering melakukan ancaman kepada kestabilan dunia menggunakan peralatan senjata pemusnah yang canggih.

Ancaman KFR13 turut menyebabkan ejen-ejen rahsia M.O.X telah terkorban atau hilang tanpa dikesan. Semasa melaksanakan misi rahsia di Filipina, Don Pedro menyelamatkan seorang pelajar Malaysia bernama Martias yang berjaya menggodam rancangan dan formula senjata KFR13. Semenjak itu, KFR13 mengekori Don Pedro ke mana sahaja dia pergi, termasuk Thailand, Malaysia, India dan Alaska, untuk membunuhnya dan memusnahkan bukti.

Official Trailer

Poster Filem

Poster MOX Misi Operasi X

Review Filem

Jika anda sudah menonton filem ini, jangan lupa berikan sedikit review di bahagian komen sebagai panduan pengunjung yang lain. Semoga review anda dapat membantu mereka yang belum berkesempatan ataupun masih ragu-ragu untuk menonton filem ini.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: