Langgan newsletter kami!
Film Wira 2019

Filem Wira (2019)

Berikutan kejayaan filem PASKAL di box-office, pengarah Adrian Teh sekali lagi tampil dengan sebuah lagi filem lagak aksi pertarungan. Wira adalah sebuah filem aksi berteraskan kekeluargaan dan aksi MMA yang dibintangi oleh aktor Hairul Azreen.

Selain Hairul Azreen, filem terbitan Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw ini dibintangi oleh barisan pelakon tempatan lain seperti Fify Azmi, Henley Hii, Ismi Melinda, Josiah Hogan dan Dain Said.

Filem ini menelan belanja RM 8 juta dalam kos produksi dan menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Rawang. Ia bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 21 November 2019.

“Filem Paskal adalah mengenai anggota Paskal yang korbankan masa dan nyawa untuk negara serta ia sebuah tema yang besar. Manakala Wira pula sebaliknya, mengenai seorang komando yang bersara awal sebab mahu balik kampung untuk menyelamatkan keluarga. Ia adalah sebuah cerita ‘mikro’ mengenai kehidupan seorang askar” – Adrian Teh

Info Filem Wira

  • Tarikh Tayangan: 21 November 2019
  • Genre: Aksi
  • Bahasa: Melayu
  • Produksi: Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures
  • Pengedar: Astro Shaw, GSC Movies
  • Pelakon: Hairul Azreen, Henley Hii, Fify Azmi, Dain Said, Ismi Melinda, Yayan Ruhian, Josiah Hogan
  • Pengarah: Adrian Teh
  • Format: 2D

Watak Pelakon Filem Wira

  • Hairul Azreen sebagai Hassan, bekas tentera
  • Fify Azmi sebagai Zain, Adik Hassan
  • Ismi Melinda sebagai Vee
  • Hilal Azman sebagai Munas
  • Dain Said sebagai Raja
  • Yayan Ruhian sebagai Ifrit
  • Henley Hii sebagai Boon Hua
  • Zizan Razak sebagai Arson Thug 1
  • Jack Lim sebagai Arson Thug 2
  • Josiah Hogan sebagai Rayyan

Sinopsis Filem Wira

Mengisahkan tentang Hassan yang telah membawa diri meninggalkan keluarganya sejak kecil dan kemudian menyertai tentera. Penyertaannya dalam tentera adalah kerana dia tidak sanggup melihat keluarga serta orang sekelilingnya dikawal oleh Raja.

Kini dia kembali ke pangkuan keluarga setelah selesai berkhidmat untuk negara. Demi menyelesaikan hutang adiknya Zain atas kekalahan pertandingan MMA yang dianjurkan oleh Raja, dia dan Zain perlu bertanding sekali lagi dengan anak-anak Raja, iaitu Vee dan Rayyan.

Siapakah yang menang dalam pertandingan ini? Apakah halangan yang akan mereka hadapi seterusnya? Adakah Hassan mampu menyelamatkan keluarga dan orang di sekelilingnya? Apa yang terjadi seterusnya? Sama-sama kita saksikan Wira di pawagam berhampiran.

Official Teaser / Trailer

Poster Filem Wira

Poster Filem Wira

Review Filem Wira

Jika anda sudah menonton filem ini, jangan lupa berikan sedikit review di bahagian komen untuk tatapan dan panduan pengunjung yang lain. Semoga review anda dapat membantu mereka yang belum berkesempatan ataupun masih ragu-ragu untuk menonton filem ini.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: