Langgan newsletter kami!
Filem Pusaka 2019

Filem Pusaka (2019)

Filem Pusaka adalah sebuah filem hasil kerjasama produksi Astro Shaw, Directors Think Tank dan Alpha47 Films. Filem bergenre seram dan mistik ini menelan kos sebanyak RM2 juta untuk disiapkan. Ia diarahkan oleh Razaisyam Rashid dan dilakonkan oleh ramai pelakon terkenal tanahair seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Faizal Hussein, Ogy Ahmad Daud, Hafidz Roshdi dan Sweet Qismina. Ia akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura bermula 31 Oktober 2019.

Info Filem Pusaka

  • Tarikh Tayangan: 31 Oktober 2019
  • Genre, Seram, Mistik, Penyiasatan
  • Klasifikasi: P13
  • Tempoh Tayangan: 94 minit
  • Idea Asal: Natasha Chopra
  • Skrip: Anwari Ashraf dan Alfie Palermo
  • Pengarah: Razaisyam Rashid
  • Syarikat Penerbitan: Alpha 47
  • Pengedar: Astro Shaw
  • Senarai Pelakon: Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Ahmad Daud, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Faizal Hussein, Draman Muhammad, Aloy Paradox dan Yuna Rahim

Watak Pelakon Filem Pusaka

Sinopsis Filem Pusaka

Mengisahkan tentang Inspektor Nuar Ishak yang telah menemui mayat wanita bernama Balqis dan Qistina. Balqis dan Qistina merupakan sepasang adik beradik kembar perempuan yang ditemui oleh Inspektor Nuar dalam sebuah rumah kosong, yang mana kedua-duanya telah dikurung secara misteri.

Bagaimanapun, selepas penemuan itu, pegawai polis itu kini perlu segera menyelesaikan misteri di sebalik kembar tersebut kerana dia bukan sahaja diganggu pelbagai kejadian aneh selepas menjumpai mereka, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.

Ditambah pula dengan permasalahan dengan adik kembarnya Nur, Inspektor Nuar semakin hilang pertimbangan diri. Dia harus segera menyelesaikan kes tersebut sebelum ramai lagi nyawa yang hilang.

Apakah kesudahan kisah ini? Sama-sama saksikan Pusaka di pawagam berhampiran anda.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: