Langgan newsletter kami!
Filem Syif Malam Raya

Filem Syif Malam Raya – Syahmi Sazli, Yoe Parey & Asif

Filem ‘Syif Malam Raya‘ adalah sebuah filem komedi seram yang bakal ditayangkan pada hari raya ini. Filem arahan A. Razak Mohaideen ini bakal menampilkan youtuber viral ketika ini iaitu Syahmi Sazli, Yoe Parey dan Asif Suhaimi.

Selain itu, filem ini juga menampilkan barisan pelakon dan pelawak popular tanahair seperti Atu Zero, Sharif Zero, Reen Rahim, Syaiful Zero, Nadia Brian, Lia Natalia, Saiful Apek, Azlee Senario, Ropie dan Emelda Rosmila. Filem yang dijangka menemui peminat pada 24 Mei 2020 ini diterbitkan oleh Ray Theme Sdn Bhd.

Info Filem

  • Tarikh Tayangan: 24 Mei 2020
  • Genre: Komedi Seram
  • Pengarah: A. Razak Mohaideen
  • Produksi: Ray Theme Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Atu Zero, Sharif Zero, Reen Rahim, Syaiful Zero, Nadia Brian, Lia Natalia, Yoe Parey, Syahmi Sazli, Asif Suhaimi, Saiful Apek, Azlee Senario, Ropie, Emelda Rosmila
  • Instagram Rasmi: @syifmalamraya_official

Watak Pelakon

  • Atu Zero sebagai Zaid
  • Sharif Zero sebagai Hisyam
  • Reen Rahim sebagai Mera
  • Yoe Parey sebagai Yoh
  • Syahmi Sazli sebagai Syahmi
  • Saiful Apek sebagai Bang Khai
  • Asif Suhaimi sebagai Asif
  • Ropie sebagai Pak Mid Bomoh
  • Azlee Senario Sebagai Tok Said

Sinopsis Syif Malam Raya

Filem ini mengisahkan tentang empat orang rakan yang mengalami kejadian aneh ketika dalam perjalanan pulang ke kampung pada malam raya. Ketika itu Zaid dan Hisyam menumpangkan Mera serta Yoh dalam perjalanan menghantar mayat ke Ipoh. Keadaan menjadi kecoh setibanya mereka di Kampung Batu Berapit yang gempar dengan kemunculan ‘pocong’.

Official Trailer

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: