Langgan newsletter kami!
Ratahan Al Marid (Astro Citra)

Ratahan Al Marid (Astro Citra)

Telefilem seram berjudul ‘Ratahan Al Marid’ akan ditayangkan pada hujung minggu ini, 28 Mac, jam 9.00 malam di Astro Citra dan Citra HD. Telefilem arahan bersama Wan Hasliza dan Rashidi Ishak ini dibintangi oleh Elly Mazlein dan Zain Hamid.

Info Telefilem

  • Genre: Seram
  • Tarikh Tayangan: 28 Mac 2020 (Sabtu)
  • Waktu Siaran: 9.00 – 11.00 malam
  • Stesen TV: Astro Citra & Citra HD
  • Penulis Skrip: Keen & Wan Hasliza
  • Pengarah: Wan Hasliza & Rashidi Ishak
  • Produksi: KL Motion Pictures
  • Senarai Pelakon: Elly Mazlein, Zain Hamid

Sinopsis Ratahan Al Marid

Mengisahkan tentang Nina yang sedang sarat mengandung. Namun apabila tarikh bersalin hampir tiba, suaminya Anas mengajak Nina untuk tinggal bersama ibunya Rosni. Malang bagi Nina, anaknya meninggal dunia sejurus dilahirkan. Selepas kematian anaknya, Nina mula mengalami pelbagai perkara aneh dan mendengar tangisan bayi di dalam rumahnya. Sesuatu yang tidak kena sedang berlaku di dalam rumah tersebut dan semuanya bersangkut-paut dengan zuriat yang dilahirkan Nina.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: