Langgan newsletter kami!
Hibah Image

Hibah: Harta Bercagar Atau Satu Perogolan Ilmu?

Ini dakwaan sesetengah pihak. Menurut pihak ini hanya harta yang bebas dari cagaran sahaja boleh dihibahkan.

Mari kita berlapang dada dalam membincangkan isu ini. Setiap pihak mempunyai pengalaman dan pengetahuan teknikal masing-masing dalam menguruskan hibah. Ada yang menguruskan hibah mengikut undang-undang sivil dan ramai juga yang menguruskan hibah di Mahkamah Syariah.

Tak perlu kita memaki hamun dengan kata-kata cercaan kesat terhadap pihak yang berlainan pandangan atau metadologi dengan kita. Mari kita renungkan.

Permasalahan Hibah

  1. Memang benar jika harta masih bercagar, kebenaran dari pembiaya diperlukan kerana pembiaya ialah pihak berkepentingan terhadap harta ini. Kebenaran ini pula perlu diperolehi ketika akad hibah ingin dibuat. Maknanya pandangan ini mengatakan bahawa hanya apabila kebenaran diperolehi barulah akad hibah boleh dibuat.
  2. Namun begitu, pandangan di atas ialah pandangan Syafi’e, Hambali & Maliki. Hanafi membenarkan akad hibah dibuat tanpa kebenaran pembiaya. Kebenaran ini boleh diperolehi sehingga selepas kematian pemberi hibah. Sehingga ke tahap itu, akad hibah ini dianggap “mawqufah” (tergantung ).
  3. Mahkamah Syariah tidak terikat kepada pandangan Syafi’e semata-mata dalam membuat keputusan mengenai hibah. Ia selaras dengan peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri yang membenarkan pandangan mazhab-mazhab lain digunapakai termasuk ijtihad. Menggunakan pandangan mazhab lain tidak menjadikan kita “PEROGOL ILMU” seperti didakwa sesetengah pihak. Jika kita “PEROGOL ILMU”, maka membayar zakat fitrah menggunakan tunai menjadikan kita “PEROGOL ILMU”. Bersolat subuh di Masjidil Haram juga menjadikan kita “PEROGOL ILMU”.
  4. Setakat ini ada 9 kes hibah harta yang masih bercagar dengan pembiaya telah diputuskan SAH oleh Mahkamah Syariah dengan kes terbaru diputuskan pada Mac 2018 di Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu berkait harta bercagar di CIMB. Cumanya perlaksanaan hibah harta bercagar ini perlu dibuat mengikut SOP & SYARAT TERTENTU yang ketat.
  5. Pihak yang ingin mengeluarkan kenyataan HIBAH HARTA BERCAGAR tidak boleh dibuat kerana “tidak milik sempurna” perlu membaca & memahami alasan penghakiman bagi kes-kes ini yang dibuat oleh Yang Arif & Yang Amat Arif hakim-hakim dan ketua hakim Syarie negeri masing-masing. Perlu juga meluaskan bacaan hasil tulisan ulama-ulama seperti Allahyarham Dr Wahbah Zuhaili, Mustafa Al Khein dan lain-lain. Ilmu berkaitan hibah ini SANGAT LUAS & tidak terikat kepada pandangan sesuatu pihak sahaja.
  6. Dari segi perlaksanaan undang-undang di Malaysia, Hanya Mahkamah Syariah sahaja mempunyai bidang kuasa memutuskan kesahihan hibah (kecuali bagi hibah takaful di dalam Jadual 10 IFSA 2013). Bukan saya, bukan mana-mana ustaz, profesor universiti, CFP, IFP, ShRfp atau P yang lain. Jadi sama ada hibah itu sah atau tidak, serahkan kepada kebijaksanaan Yang Arif & Yang Amat arif hakim-hakim Mahkamah Syariah. Mereka akan membuat keputusan berdasarkan locus standi, maslahah kes, hujahan peguam & ijtihad.

KEPADA PEMILIK RUMAH YANG MASIH BERCAGAR DENGAN PEMBIAYA, BUATLAH PILIHAN:

  1. Gunalah pandangan PERTAMA:
    Jangan buat hibah untuk rumah anda sekarang & selepas anda mati biarkan sahaja rumah itu difaraidkan kepada semua waris-waris mengikut hukum faraid ATAU;
  2. Guna pandangan KEDUA:
    Buatlah hibah harta bercagar dengan syarikat hibah berdaftar yang telah menjalankan penyelidikan ilmiah & lapangan tentang hibah harta bercagar & mahir berkaitan SOP & SYARAT yang diperlukan, telah berpengalaman luas menguruskan hibah rakyat Malaysia di Mahkamah Syariah dan telah mempunyai ratusan perintah pengesahan hibah dari Mahkamah Syariah yang membuktikan hibah mereka sah dari segi Hukum Syarak. Pastikan rumah yang anda beli ini dimiliki oleh pasangan / anak-anak seperti hajat asal anda membeli rumah ini.

KEDUA-DUA PANDANGAN INI SAH MENGIKUT HUKUM & UNDANG-UNDANG SYARAK!

PILIHAN DI TANGAN ANDA.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: