Langgan newsletter kami!
Orange 2016 Civic Fc Modified

Honda Civic FC 2016 Generasi Ke-10 Yang Sungguh Mengujakan

Seperti yang sedia maklum, Honda adalah satu jenama besar dalam industri automotif dan model yang ditunggu-tunggu ramai kini telah tiba di Malaysia. Honda Civic Generasi ke-10 (Civic Gen 10) atau nama singkatan Civic FC telah mendapat banyak review positif semenjak ianya dilancarkan di Malaysia pertengahan 2016 yang lalu. Ramai yang terpukau dengan rekabentuk serba barunya yang moden dan futuristik.

Pelancaran Honda Civic baharu ini akan menambahkan lagi persaingan sengit kereta segmen C dengan model pengeluar lain seperti Toyota Altis, Mazda 3, Proton Preve, Nissan Sylphy dan Volkswagen Jetta. Menurut Honda, Civic 10th Gen ini adalah model Civic terbaik yang pernah dihasilkannya.

 

Harga dan Spesifikasi Honda Civic FC 2016

Untuk pasaran Malaysia, model Civic FC ditawarkan dengan 3 varian iaitu:

  • 1.8S i-VTEC (harga RM113,800)
  • 1.5 Turbo (harga RM127,800).
  • 1.5 Turbo Premium (harga RM135,800)

Semuanya harga adalah harga di atas jalan termasuk insurans dan waranti lima-tahun tanpa had perbatuan.

[table style=”table-striped”]
Varian Honda Civic 1.8S Honda Civic 1.5
Turbo
Honda Civic 1.5 Turbo
Premium
ENJIN
Engine Type 4 Cylinder, 16 Valve, SOHC i-VTEC 4 Cylinder, 16 Valve, DOHC VTEC TURBO 4 Cylinder, 16 Valve, DOHC VTEC TURBO
Displacement (cc) 1,799 1,498 1,498
Fuel Supply System Electronic Fuel Injection (PGM-FI) Electronic Fuel Injection (PGM-FI) Electronic Fuel Injection (PGM-FI)
Maximum Power [PS(kW)@rpm] 141(104)@6,500 173(127)@5,500 173(127)@5,500
Maximum Torque [Nm(kg-m)@rpm] 174(17.4)@4,300 220(22.4)@1,700-5,500 220(22.4)@1,700-5,500
TRANSMISI
Transmission Type Continuous Variable Transmission (CVT) Continuous Variable Transmission (CVT) Continuous Variable Transmission (CVT)
PRESTASI
Maximum Speed (km/h) 200 200 200
Acceleration 0-100 km/h (secs) 10.4 8.2 8.2
SISTEM STEERING
Type Electric Power Steering (EPS) Electric Power Steering (EPS) Electric Power Steering (EPS)
Turning Radius at Body (m) 6 6 6
SISTEM SUSPENSI
Front MacPherson Strut MacPherson Strut MacPherson Strut
Rear Multi Link Multi Link Multi Link
BRAKING SYSTEM
Front Ventilated Disc Ventilated Disc Ventilated Disc
Rear Solid Disc Solid Disc Solid Disc
Parking Brake Electric Parking Brake Electric Parking Brake Electric Parking Brake
TAYAR & RODA
Alloy 16″ 17″ 17″
Tyre Size 215/55R16 215/50R17 215/50R17
Spare Wheel 16″ 16″ 16″
DIMENSIONS
Length x Width x Height (mm) 4,630 x 1,799 x 1,416 4,630 x 1,799 x 1,416 4,630 x 1,799 x 1,416
Wheelbase (mm) 2,700 2,700 2,700
Tread Front/Rear (mm) 1,547/1,563 1,547/1,563 1,547/1,563
Curb Weight (kg) 1,251 1,314 1,316
Boot Capacity (Litre) 519 519 519
[/table]

 

Gambar Modifikasi Honda Civic Generasi 10

Honda Civic 2016 dengan warna Gloss Orange ini dikongsikan oleh Lombardi Honda di Quebec, Kanada. Modifikasi yang dilakukan adalah standard modified dan tidak terlalu over atau menonjol, sesuai untuk kegunaan harian.

Orange 2016 Civic Fc Modified

Muka Hadapan Civic Gen 10 Warna Oren

Bahagian Belakang Civic Gen X Orange

Pandangan Sisi Civic 2016

Sumber gambar: Forum Civic X

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: