Langgan newsletter kami!
Youtube.com Strobing

Imbasan Trend Solekan 2016

Jika tahun 2015 kita dapat menyaksikan trend solekan contouring yang dipopularkan oleh Kim Kardashian, tahun 2016 pula adalah segalanya tentang kulit wajah glowing! Kita dapat melihat trend kulit yang berkilau di pentas-pentas peragaan dan sesi-sesi penggambaran majalah yang menonjolkan struktur muka jelita para model.

Trend ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan kerana ia kelihatan lebih semula jadi dan prosesnya lebih mudah untuk dilakukan. Trend ini juga menjadikan selfie seseorang lebih sempurna!

Tahukah anda bagaimana untuk mendapatkan kulit yang glowing seperti artis Korea ini? Teknik solekan ini dinamakan strobing, iaitu teknik meletakkan pengilat pada kawasan-kawasan wajah yang terkena pantulan cahaya. Hasilnya, wajah nampak lebih sihat dan muda.

Agar anda tidak lupa cara mengaplikasikannya, ikuti ringkasan tentang teknik strobing berikut supaya anda dapat selalu kelihatan lebih jelita di dalam gambar dan di luar gambar.
 

Teknik Solekan Bagi Mendapatkan Kulit Wajah Glowing!

  • Jaga kelembapan kulit

Rahsia mendapatkan kulit glowing yang sempurna adalah dengan memiliki kulit yang lembap secara menyeluruh. Pastikan anda sentiasa memakai pelembap muka yang sesuai setelah mencuci muka dan sebelum mengenakan solekan.

  • Sesuaikan dengan jenis kulit anda

Kulit kering – Bagi anda yang memiliki kulit lebih kering, pilih pengilat dalam bentuk stik.
Kulit berminyak – Bagi anda yang memiliki kulit lebih berminyak, pilih pengilat berbentuk serbuk.
Kulit normal – Bagi anda yang memiliki kulit normal pula, anda boleh memilih mana-mana bentuk pengilat yang anda gemari.

  • Sesuaikan dengan warna kulit anda

Jika kulit anda putih dan cerah – Pengilat yang sesuai adalah yang berwarna light pink dan light beige.
Jika kulit anda cerah dan kekuningan – Pengilat dalam warna champagne paling sesuai untuk anda.
Jika kulit anda kekuningan dan coklat – Pengilat yang berwarna keemasan adalah teman baik anda.
Jika kulit anda coklat dan gelap – Pengilat berwarna keemasan, pic gelap atau tanah liat adalah untuk anda.

  • Teknik solekan yang betul

Sebelum bersolek, anda hendaklah menekap minyak yang berlebihan pada wajah untuk mengelakkan wajah anda kelihatan seperti kolam minyak! Teknik strobing merupakan langkah terakhir dalam solekan setelah anda mengenakan bedak asas, pembayang mata dan pemerah pipi. Gunakan pengilat atau highlighter hanya pada beberapa bahagian wajah seperti dalam gambar berikut:

Strobing Face Chart Makeup Tutorial

Untuk mengelakkan kesan strobing yang keterlaluan, anda digalakkan untuk menggunakan jari bagi menyamaratakan pengilat dan menyamarkan garisan yang terbentuk. Pastikan anda membersihkan tangan sebelum bersolek, ya!

 

Ramalan Trend Solekan 2017

Adakah anda ingin mengetahui trend solekan yang diramalkan untuk tahun akan datang? Nantikan artikelnya minggu hadapan.

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: