Langgan newsletter kami!

JPJ Untung RM22Juta Jual Nombor Plat Siri ‘V’

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti mendapat durian runtuh selepas ia mendedahkan bahawa ia telah mengumpul sejumlah rekod RM22 juta daripada lelongan nombor plat siri ‘V’, menurut satu laporan oleh akhbar Malay Mail.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata koleksi itu hebat, kerana lelongan sebelum ini hanya dapat sekitar sehingga RM10 juta sahaja. Beliau menambah bahawa jabatan itu boleh mempertimbangkan untuk memperkenalkan lebih banyak nombor plat yang ‘fancy’ pada masa akan datang berikutan kejayaan ini.

“Kementerian terkejut dengan respon dan minat orang ramai terhadap no plat baru bagi Kuala Lumpur ini” katanya dalam satu laporan oleh Harian Metro. “JPJ akan memperkenalkan nombor plat pendaftaran kenderaan baru yang lebih unik selepas berikutan permintaan tinggi daripada orang ramai,” katanya.

Baru-baru ini, jabatan itu mengeluarkan senarai rasmi pemenang tawaran dari tender nombor plat ‘V’. Nombor pendaftaran yang paling mahal iaitu ‘V1’ telah berjaya dibida oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, dengan bidaan berjumlah RM989,780.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: