Langgan newsletter kami!
Lirik Lagu SHH Elizabeth Tan

Lirik Lagu SHH – Elizabeth Tan

“Shh” (digayakan dalam huruf besar) ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi Elizabeth Tan yang bakal dimuatkan dalam album studio pertamanya yang akan datang. Lagu ini dicipta oleh Hael Husaini dan Ezra Kong dan dikeluarkan pada 6 Disember 2019 oleh Warner Music Malaysia.

“Lagu ini bukan saja mengambil inspirasi daripada melodi asal lagu rakyat ‘Lenggang Kangkung’ malah lenggok melodinya juga diberikan interpretasi moden apabila digabungkan dengan melodi ciptaan Hael dan Ezra. Hael dan Ezra sememangnya kreatif dalam penciptaan lagu malah kerja-kerja produksi mereka setaraf dengan produksi antarabangsa dan Lizzy sangat selesa bekerja dengan mereka kerana mereka memahami citarasa dan kekuatan vokal Lizzy. Lizzy berharap lagu ini sekali lagi mendapat sambutan positif peminat, dan mereka akan terhibur menyaksikan persembahan Lizzy dalam video muzik rasmi lagu ini nanti” – Elizabeth Tan

Lirik Lagu SHH

Penyanyi: Elizabeth Tan
Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong
Lyrics: Hael Husaini, Ezra Kong
Producer: Ezra Kong

[Verse 1]

Lenggang lenggang Kangkung
Kangkung di tepi paya
Rasa makin menggunung
Bila kita bersua
Andainya
Dari mata turun ke hati
Dari hati turun ke mana agaknya

[Verse 2]

Lenggang lenggang Kangkung
Kangkung di tepi paya
Rasa makin beruntung
Bila kita berdua
Andainya
Dari mata turun ke hati
Dari hati turun ke mana agaknya

[Chorus]

Ajari kau sesuatu yang mungkin dapat membantu dirimu
Ajari kau sesuatu syaratnya tiada yang boleh tahu
Ajari kau sesuatu yang mungkin dapat membantu diriku
Ajari kau sesuatu syaratnya hanya masa tertentu

[Verse 3]

Junjung kasih junjung
Jangan sampai bertarung
Jangan tersilap junjung
Takut kan patah ruyung
Andainya
Dari mata turun ke hati
Dari hati turun ke mana agaknya

[Bridge]

Dan ada syaratnya
Jika jatuh cinta
Fahami caranya
Dari mata ke hati ke usahamu

Disclaimer: Kami tidak menyediakan pautan download mp3 lagu kerana ia salah di sisi undang-undang. Kami juga menyokong penuh karya seni penyanyi, penulis lirik dan komposer yang terlibat. Jika anda sayangkan muzik dan karya artis ini, sila dapatkan lagu/single/album yang original melalui laman media streaming yang sah seperti JOOX, Spotify, Apple Music, iTunes, KKBOX, Deezer, Tidal dan lainnya, atau pun apa-apa saluran lain yang dibenarkan oleh undang-undang dan dari sumber yang sah.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: