Jika anda peminat bola sepak, pastinya anda biasa mendengar sebutan “Hala Madrid!” terutamanya perlawanan yang melibatkan pasukan terkenal dunia iaitu Real Madrid. Sememangnya Real Madrid memiliki ramai pemain bola sepak hebat yang digelar Galacticos di era presiden Florentino Pérez seperti Zinedine Zidane, Ronaldo, Luís Figo, Roberto Carlos, Raúl, David Beckham sehinggalah ke era sekarang seperti Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale. Mereka semua begitu gah memakai jersi tradisi berwarna putih ketika bermain di gelanggang sendiri.

Hala Madrid Wallpaper

Maksud Sebutan Hala Madrid!

Jadi, apa maksud sebenar Hala Madrid? Sebenarnya maksud perkataan itu agak sukar jika kita buat direct translation, tetapi ia lebih merujuk kepada “Go Madrid!”, “Forward Madrid!” atau dalam Bahasa Malaysia boleh kita simpulkan sebagai “Ayuh Madrid!”. Perkataan “Hala” sebenarnya berasal dari Arab yang membawa maksud “mari kita pergi!” atau “cepat-cepat!”.

Oleh itu, seandainya anda adalah peminat tegar Real Madrid FC, bolehlah anda menulis “Hala Madrid!” bila pasukan anda menang atau menjaringkan gol. Jangan lupa guna perkataan tersebut semasa post sesuatu di Facebook, Twitter atau Instagram. Oklah, sekian saja catatan ringkas kali ini. GGMU ops, huhu..

Carian Berkaitan: maksud hala madrid