Langgan newsletter kami!
Chef Cilik Memasak Di Dapur

Panduan Mudah Memasak Sendiri di Rumah

Adakah ini kali pertama anda memasak? Mudah saja caranya untuk anda membeli bahan dan menyediakan makanan sendiri di rumah. Apabila memasak sendiri, anda dapat memastikan makanan itu lebih berkhasiat dan rasa lebih berpuas hati. Lama-kelamaan, anda sudah boleh memasak tanpa melihat buku resepi seperti seorang chef! Ikuti panduan ringkas cara memasak sendiri di rumah ini.

Panduan Memasak Di Rumah

Pertama sekali…
Shopping! Anda tidak perlu pening memikirkan menu yang ingin dimasak untuk seminggu. Anda hanya perlu mempelbagaikan bahan mentah dalam kategori-kategori berikut:

  • Protein – telur, ayam, daging, udang, salmon
  • Sayuran – brokoli, kobis, bayam, lada benggala
  • Karbohidrat – beras, pasta, kentang
  • Lemak – minyak masak, mentega
  • Herba / Bahan Perasa – untuk masakan ala thai contohnya anda memerlukan pudina, basil, halia, limau nipis, bawang hijau dan serai. Agar lebih mudah, anda boleh membeli herba perasa yang telah siap disatukan dalam bentuk serbuk.

Kemudian…
Sekarang anda sudah memiliki bekalan makanan, anda perlu menyediakannya untuk dimakan pula.
Untuk satu hidangan bagi seorang makan, jumlah nutrisi yang diperlukan adalah:

  • Protein – satu hingga dua telapak tangan
  • Sayuran – satu hingga dua genggam
  • Karbohidrat – satu hingga dua cedok tangan
  • Lemak – satu hingga dua ibu jari
    (Jumlah nutrisi bergantung pada keperluan makanan harian anda berdasarkan komposisi badan dan aktiviti)

Dengan bahan-bahan yang telah anda beli, anda hanya perlu ‘campak’ bahan utama dan perasa ke dalam kuali atau periuk. Atau, anda boleh perap dahulu lauk anda dengan bahan perasa sebelum memasak.

Mudah bukan untuk memasak sendiri di rumah?

Selamat mencuba!

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: