Langgan newsletter kami!
Gambar Curi Kereta

Proton Wira Mendahului Carta Kereta Paling Banyak Dicuri

Laporan terkini yang dikeluarkan oleh General Insurance Association of Malaysia (PIAM) menunjukkan secara purata sebanyak 60 buah kenderaan dicuri di Malaysia setiap hari. Data yang dikeluarkan oleh PIAM juga menunjukkan sebanyak 11,796 buah kenderaan dicuri bermula dari Januari sehingga Jun 2016. Walaupun jumlah itu adalah lebih rendah berbanding 12,412 buah kenderaan dicuri dalam tempoh yang sama pada tahun 2015, ia masih berada di paras yang membimbangkan. Pemantauan dan usaha yang lebih perlu dilakukan untuk terus membendung gejala curi kereta ini.

Data Kecurian Kenderaan Oleh Piam Bagi Tahun 2015 Dan 2016

Menurut laporan tersebut juga, kenderaan yang paling banyak dicuri ialah Proton Wira, Toyota Hilux dan Proton Iswara.

Statistik Kereta Paling Banyak Dicuri 2015

  • Proton Wira (1,214)
  • Toyota Hilux (595)
  • Proton Iswara (552)
  • Perodua Kancil (550)
  • Proton Waja (538)
  • Perodua Myvi (379)
  • Proton Saga (318)
  • Proton Satria (238)
  • Nissan Vanette (208)
  • Honda Civic (200)

Statistik Kereta Paling Banyak Dicuri 2014

  • Proton Wira (1,268)
  • Toyota Hilux (762)
  • Proton Iswara (717)
  • Proton Waja (694)
  • Perodua Kancil (638)
  • Perodua Myvi (477)
  • Proton Saga (414)
  • Proton Satria (273)
  • Toyota Vios (252)
  • Proton Perdana (243)

Statistik Kecurian Kereta 2014 Dan 2015

Pengguna diingatkan agar lebih berhati-hati dengan kenderaan milik mereka dan disarankan agar memasang peranti tambahan sebagai salah satu cara mencegah kecurian kenderaan. Langkah keselamatan lain yang boleh diambil ialah jangan meletakkan kenderaan di tempat yang terasing serta jangan lupa mengunci kenderaan apabila ditinggalkan.

Sumber: General Insurance Association of Malaysia (PIAM)

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: