Langgan newsletter kami!
Rancangan TV Teh Antara Benua (TV Okey)

Rancangan Teh Antara Benua (TV Okey)

Teh Antara Benua adalah sebuah rancangan TV travelog yang menjelajah ke beberapa buah lokasi di seluruh Asia untuk merasai keunikan minuman teh. Rancangan ini disiarkan oleh RTM melalui siaran TV Okey bermula 1 November 2019, setiap Khamis, jam 10.00 pagi.

Ia dihoskan oleh Inas Sofea dan ke udara sebanyak 13 episod. Rancangan ini jaga berkongsi fakta menarik berkenaan teh di samping mengenali sejarah, jenis dan keunikan rasa minuman teh.

Info Rancangan TV

  • Episod: 13 episod
  • Tarikh Tayangan: 1 November 2019
  • Waktu Siaran: Setiap Khamis, jam 10.00 pagi
  • Stesen TV: TV Okey (RTM)
  • Host: Inas Sofea

Sinopsis Episod Teh Antara Benua

Jelajah Teh China

Teh Antara Benua membawa penonton melawat ladang teh Longjing di Hangzhou, iaitu ladang terbesar di China. Bermula dengan cara teh hijau dipetik, diproses dan juga cara membancuh minuman teh hijau. Seterusnya ke Restoran Xi Bei Ren Jia untuk menikmati makanan halal masyarakat China. Turut dikongsikan legenda teh Shennong, lokasi penanaman teh utama dan jenis-jenis teh. Ia diakhiri dengan lawatan ke kedai menjual minuman teh di Padestrian Walk Hangzhou.

Masih di Hangzhou, China meninjau ke sekitar Tasik Barat (Westlake) dan ke Muzium Teh Kebangsaan China. Fakta sejarah air teh di negara China, jenis-jenis teh yang digemari dan kegunaan minuman teh dalam majlis rasmi serta ubatan. Inas Sofea kemudiannya ke Zhengzhou bertemu Cik Khaty, sahabatnya yang bekerja sebagai penterjemah. Mereka bercerita tentang jenis teh yang paling mahal di dunia dan daerah paling terkenal dengan teh di China.

Budaya Minum Teh di Jepun

Menarik perkongsian di Kyoto, Jepun melawat kedai yang menjual pelbagai jenis produk yang berasaskan teh. Beliau berkunjung ke kedai Maiko Kimono & Tea Ceremony, untuk mencuba sendiri penyediaan dan upacara jamuan teh matcha. Di Kyoto juga, Inas berkunjung ke Uji bersama rakannya, Auntie Ros berkongsi fakta sejarah tempat yang menarik di bandar Uji. Seterusnya, ke kediaman Yasuharu, Naib Presiden Ladang Teh Obubu untuk merasai sendiri teh Hojicha, sejenis teh yang dibancuh dengan air sejuk. Pada penghujung episod berkunjung ke Nara, sebuah taman yang dipenuhi dengan beberapa ekor rusa yang jinak, hidup berkeliaran di taman tersebut.

Rancangan TV Teh Antara Benua (TV Okey)Di Kyoto juga penonton berpeluang menyaksikan satu-satunya kafe Starbuck di dunia yang berkonsepkan Tea House klasik. Di sana pengunjung dapat menikmati minuman teh matcha secara Tatami. Inas turut berkunjung ke Dotonburi, kawasan terkenal dengan pusat membeli-belah dan restoran makanan di Osaka. Antaranya ialah Osaka Chakai Cafe yang terletak di Osaka Street yang menggunakan pelbagai bentuk cawan minum teh. Seterusnya, melawat Istana Baksu Maksu, Osaka. Istimewa program ini ialah menemubual rakyat Malaysia di sana berkenaan minuman teh kegemaran mereka dan sempat ke pasar raya Takashimaya.

Kembara Teh Sri Lanka

Kembara diteruskan ke Colombo, Sri Lanka mengunjungi Independence Memorial Hall, Restoran BeeBee, pasar Pettah, Raxawa Tea Lounge (cara menentukan nilai harga sesuatu jenis teh), pusat jualan teh milik Lembaga Teh Sri Lanka di mana ke semua jenis dan jenama teh dijual. Pengembaraan indah mengunjungi Masjid Jami’ul Alfar, sebuah masjid tertua di Colombo dan ke Kuil Ganggaramaya, sebuah pusat pengajian agama Buddha yang terkenal di Sri Lanka.

Perjalanan ke Dunkeld untuk berkunjung ke Ladang Teh Dilmah, dan menemu ramah berkenaan sejarah jenama Zesta, jenis teh yang dijual dan menikmati air teh kayu manis. Di Dunkeld juga berkunjung ke sebuah banglo mewah menikmati air teh berlatar belakang pemandangan gunung-ganang. Manakala di Hutton, melihat keunikan pasar juga di Railway Lodge menemu ramah pemilik hotel sambil menikmati hidangan pelbagai jenis teh berlatar belakang pemandangan stesen kereta api lama. Menarik dikongsikan pengalaman di Tea Lounge Dilmah dan ke Colombo City Centre Mall meninjau kedai menjual serbuk teh.

Pulang ke Malaysia

Inas Sofea kembali ke Malaysia dan berkunjung ke Pameran Teh Antarabangsa di Vivo Mall, Cheras. Menemui bual ahli Persatuan Seni Teh Kuala Lumpur sebelum berkunjung ke beberapa buah gerai di pameran tersebut bagi mengenali dan juga merasai pelbagai jenis teh serta tembikar cawan dan teko teh. Seterusnya, ke Ladang Teh Bukit Cheeding, Banting untuk melawat ladang teh tanah rendah dan menemu ramah pengurus ladang tersebut berkenaan sejarah penanaman teh di Bukit Cheeding.

Kembara minuman teh di Malaysia tambah mengujakan dengan berkunjung ke Restoran Natures Vegeterian bertemu pemilik restoran tersebut. Seterusnya ke Restoran Yeast Bristonomy dan ke Chatime untuk menikmati teh yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia kini. Beliau turut berkunjung ke kafe teh jepun, Maiko Cafe melihat sendiri cara membancuh teh matcha juga ke Meet Joe Cafe. Dalam episod akhir, Inas berkunjung ke Ladang Teh Boh Sungai Palas, Cameron Highland dan mengetahui teknik pemprosesan daun teh juga teknik penilaian rasa minuman teh.

Sumber: RTM

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: