Home / Sukan / RASMI: Akhirnya Nama Pengurus Baru Man United Terjawab

RASMI: Akhirnya Nama Pengurus Baru Man United Terjawab

Selepas hampir enam bulan gosip tentang siapakah yang bakal menggantikan Louis van Gaal yang dipecat baru-baru ini, Manchester United (MUFC) telah mengumumkan pengurus baru mereka. Louis van Gaal (LVG) telah dipecat oleh pengurusan MU selepas persembahan hambar pasukannya yang gagal mara ke saingan UEFA Champions League untuk musim hadapan selepas mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris di tempat ke-5.

Walaupun telah memenangi Piala FA, namun itu tidak cukup untuk mengembirakan penyokong-penyokong Man United disebabkan prestasi dan gaya permainan yang ditunjukkan oleh United yang dikatakan hambar, kurang menarik dan kurang menjaringkan gol.

Oklah.. Secara rasmi, pengurus yang digelar ‘The Special One’ Jose Mourinho telah dilantik sebagai pengurus rasmi Manchester United sebentar tadi, 27/05/2016. Beliau merupakan antara pengurus bola sepak terbaik duni ketika ini. Beliau akan membimbing United untuk musim 2016-2017.

Jose Mourinho Manager Baru Man United

Sekian, GGMU..

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: