Ayam Goreng Kunyit Sedap

Resepi Ayam Goreng Kunyit Mudah dan Sedap

Ayam goreng kunyit adalah antara cara masakan ayam yang paling simple dan mudah tetapi sedap dimakan. Ia boleh dimakan terus dengan nasi putih ataupun dihidang menjadi nasi goreng ayam kunyit. Cara penyediaannya sungguh mudah seperti di bawah.
 

Bahan-bahan Ayam Goreng Kunyit

  • Isi ayam dipotong kecil
  • Sedikit garam
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk pati ayam/ajinomoto/perencah makanan kegemaran anda
  • 2 batang kacang panjang – potong 2 inci panjang
  • 1/2 batang lobak merah – potong panjang
  • 1 biji bawang besar – potong kasar
  • 1 batang cili merah – dihiris
  • Sedikit minyak untuk menggoreng

 

Cara Memasak Ayam Goreng Kunyit

  1. Gaul ayam bersama garam, serbuk kunyit dan perencah. Kemudian perap seketika.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam hingga masak.
  3. Masukkan kacang panjang, cili merah dan bawang besar, kemudian goreng sekejap lagi sehingga sayur menjadi layu.
  4. Tutup api dan ayam goreng kunyit sedia untuk dihidangkan.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: