Kali ini, kami ingin berkongsi cara memasak dan resepi ayam masak merah yang paling sedap. Tidak dinafikan lauk ini adalah antara masakan ayam yang paling digemari oleh orang Malaysia mahupun Indonesia.

Dengar menunya pun dah membuatkan kita berasa lapar. Betul tak? Dengan campuran rasa yang sedikit pedas dan manis ini, dimakan pula dengan nasi putih ketika panas pastinya sangat menyelerakan.

Masakan ini juga adalah antara menu wajib ketika kenduri majlis perkahwinan atau rumah terbuka kerana rasanya yang sangat versatile, malahan kanak-kanak pun sukakannya. Ia boleh dijadikan lauk untuk hidangan nasi minyak atau nasi tomato dan dilengkapkan dengan tambahan acar timun serta sambal belacan.

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Merah

  • 1 ekor ayam dipotong kepada beberapa bahagian sederhana besar
    (dilumur dengan garam dan sedikit kunyit, kemudian goreng hingga separuh masak)
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 60 ml santan – optional
  • 250 ml air
  • 3 biji tomato (dipotong 4 bahagian)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar halus:

  • 4 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 20 tangkai cili kering (rebus seketika kemudian kisar)

Bahan-bahan hiris / tumis

  • 3 biji bawang besar atau bawang holland
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia – dihiris menjadi 3 keping
  • Satu tangkai daun kari – optional

Cara Memasak Ayam Masak Merah

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sehingga menjadi layu.
  2. Seterusnya masukkan bahan kisar dan gaul rata.
  3. Lepas tu masukkan cili kering yang telah dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.
  4. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat.
  5. Kacau sehingga rata dan biarkan seketika.
  6. Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Sesetengah orang suka ayam masak merah berkuah!
  7. Seterusnya masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut sukatan yang disukai. Jika tanpa letak santan pun ok, terpulang pada citarasa masing-masing.
  8. Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak.
  9. Taburkan sedikit gula, jika suka.
  10. Kacau lagi sehingga sebati kemudian tutup api.
  11. Hidangan ayam masak merah siap untuk dihidang!

Tips Memasak Ayam Masak Merah

  • Pastikan sambal dimasak sehingga masak sepenuhnya dan pecah minyak kerana kuah sambal yang tidak dimasak sempurna akan kurang sedap rasanya.

Rujukan: Wikipedia

Carian Berkaitan: ayam masak merah tanpa santan, resepi ayam masak merah, ayam masak merah, resepi ayam ros madu