Langgan newsletter kami!
Resepi Mudah Daging Goreng Kunyit

Resepi Daging Goreng Kunyit (Mudah, Cepat dan Sedap)

Cara memasak daging goreng kunyit adalah sangat mudah dan cepat. Malahan lauk ini sangat versatile dan sedap dimakan walau hanya dengan nasi putih kosong sahaja. Di pantai timur terutamanya di Kelantan banyak kedai nasi campur menyediakan menu ini kerana ia mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat.

Boleh dikatakan menu ini tergolong dalam kategori ‘menu bajet’ kerana telah ada lauk dan sayur sekali di dalamnya. Tak perlu bayar lebih untuk sayur tambahan. Betul tak? Sekiranya anda penggemar masakan daging, jom cuba resepi daging goreng kunyit yang sedap seperti di bawah ini.

Bahan-bahan Resepi Daging Goreng Kunyit

  • 1 mangkuk daging lembu (potong nipis supaya daging tidak liat dan lebih sedap dimakan)
  • 2 biji bawang besar (dihiris tebal)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 batang cili merah (dihiris nipis)
  • 2 batang cili hijau (dihiris nipis)
  • 1 cawan kacang panjang (dipotong mengikut saiz 1 inci)
  • 1 – 2 sudu besar serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan air
  • 4 sudu besar minyak masak

Cara Memasak Daging Goreng Kunyit

  1. Dalam mangkuk, gaulkan daging dengan serbuk kunyit hingga sekata.
  2. Ambil kuali dan masukkan daging tersebut ke dalam kuali.
  3. Masak daging tersebut tanpa perlu menggunakan minyak.
  4. Kacau sebati dan masak sehingga daging menjadi empuk.
  5. Jika masih belum empuk, tambahkan air panas. Masak lagi sehingga air menjadi kering.
  6. Kemudian masukkan 4 sudu besar minyak. Masak sekejap sehingga nampak sedikit garing.
  7. Masukkan sedikit gula (sedikit saja) dan garam secukup rasa.
  8. Bila daging sudah garing, masukkan bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili hijau.
  9. Akhir sekali masukkan kacang panjang.
  10. Kacau hingga sebati.
  11. Siap! Daging goreng kunyit sedia untuk dihidang.

Bahan Daging Goreng KunyitDaging Goreng Kunyit

Tips Memasak Daging Goreng Kunyit

  • Daging tidak perlu direbus terlebih dahulu.
  • Apabila menggoreng daging, pastikan daging betul-betul empuk. Sekiranya masih kurang empuk, tambahkan lagi air dan masak sehingga air kering dan daging menjadi empuk.
  • Ketika memasak, boleh tambah lada hitam jika suka.
  • Untuk sayuran boleh tambah sayur yang disukai seperti kacang buncis, lobak merah, kobis dan bunga kobis.
  • Boleh cuba goreng sayur kacang panjang sehingga sedikit layu (Sebab ada orang suka seperti ini. Mungkin sebab tak terasa sangat ke’sayur’annya.)
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: