Bahan-bahan untuk membuat Kek Batik

  • Biskut Marie (2 mangkuk)
  • Susu pekat (separuh) – boleh lebih atau kurang bergantung pada citarasa masing-masing
  • Milo (1 mangkuk)
  • Marjerin (1/2 bekas)

Bahan tambahan. Kalau tak ada pun tak apa.

  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sk esen vanilla

resepi kek batikCara-cara membuat kek batik

  1. Patah-patahkan biskut Marie. Boleh patah 2, patah 4 dan sebagainya.
  2. Panaskan kuali. Pastikan gunakan api perlahan.
  3. Masukkan susu pekat, Milo, serbuk koko & Marjerin, kemudian kacau. kacau… kacau… terus kacau perlahan-lahan.
  4. Jangan berhenti kacau, takut bahan-bahan ni akan berketul nanti.
  5. Masukkan esen vanilla dalam periuk. Gaul sebati dan padam api. Kalau tak letak esen vanilla pun tak apa.
  6. Bila semuanya dah sebati, masukkan biskut dan kacau lagi. Untuk part ni, jangan lama sangat kacau tau, takut biskut tu lembik.
  7. Kacau sampai semua biskut tu dah bersalut dengan coklat.
  8. Kemudian, masukkan ke dalam loyang atau bekas yang sudah dialas dengan plastik. Tujuan letak plastik adalah untuk memudahkan proses nak keluarkan dari bekas nanti.
  9. Tekan-tekankan adunan tadi sampai semua mampat dan padat.
  10. Lastly, sejukkan dalam peti ais selama lebih kurang 4 jam.
  11. OK, kek batik sedap dah siap untuk dimakan

Selamat mencuba!

Carian Berkaitan: resepi kek batik, kek batik