Bahan-bahan Kuih Buah Melaka / Onde Onde

  • 1 bungkus tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu garam
  • 1/2 sudu teh pewarna hijau
  • 2 helai daun pandan
  • Air secukupnya
  • 2­3 keping gula melaka (dipotong dadu)
  • 1 biji kelapa parut (ambil yang putih sahaja)

 

Cara-cara Membuat Buah Melaka / Onde Onde

  1. Campurkan kesemua tepung dengan air, pewarna dan garam sehingga menjadi doh.
  2. Gentelkan doh sebesar biji guli dan isikan gula melaka ditengah-­tengahnya. Kemudian tutupkan rapat.
  3. Sementara itu masakkan air di dalam periuk sehingga 3/4 penuh dan masukkan daun pandan.
  4. Masukkan bebola doh tadi ke dalam air yang mendidih. Bebola akan timbul apabila masak.
  5. Angkat dan toskan bila sudah masak.
  6. Salut buah melaka dengan kelapa parut dicampur dengan sedikit garam dan gaul rata.
  7. Buah melaka/onde-onde gebu dan enak sedia untuk dihidang.

Malay Kueh Kueh Ondeh Ondeh Atau Buah Melaka

Kuih Onde Onde

Carian Berkaitan: resepi buah melaka, kuih buah melaka, resepi kuih buah melaka, resepi kuih melaka