Mandu atau juga dieja sebagai ‘mandoo’ merupakan makanan tradisi tradisional rakyat Korea. Ia sangat mudah dibuat dan boleh disediakan dalam jumlah besar terlebih dahulu dan disimpan di dalam peti sejuk untuk kegunaan di masa hadapan.

Jika masyarakat Cina terkenal dengan dim sum dan Jepun dengan gyoza, begitu juga dengan Korea. Korean dumplings kecil ini disumbat dengan campuran daging atau sayur-sayuran dan boleh disediakan dalam bentuk goreng, direbus atau dibakar di dalam oven. Sebenarnya, terdapat banyak variasi mandu yang disediakan oleh tukang masak di Korea dan ianya bergantung kepada citarasa masing-masing.

Di Korea, mandu seringkali disediakan oleh keluarga sebagai sebahagian daripada perayaan Tahun Baru Lunar Korea dan dianggap sebagai simbol nasib baik untuk tahun yang akan datang. Secara tradisinya ia dibuat menggunakan daging lembu tetapi kini inti ayam dan sayuran juga telah menjadi semakin popular.

Bahan-bahan Resepi Mandu

Bahan Untuk Inti
  • Daging lembu / daging ayam – dicincang halus / dikisar
  • Beberapa ekor udang – dicincang (perapkan dengan sedikit baking powder selama 15 minit, cuci dan toskan)
  • 2 kuntum cendawan shitake – direndam sehingga lembut kemudian dicincang halus
  • 1/2 batang lobak merah – dipotong dadu dan halus
  • Sedikit lada benggala (capsicum) merah dan hijau – dipotong dadu kecil
  • 1 sudu kecil kicap cair
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil pati ayam
  • 1 sudu kecil gula¬†atau secukup rasa
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • 1 sudu kecil halia – diparut terlebih dahulu
  • 2-3 ulas bawang putih – dicincang
  • 2 sudu kecil tepung ubi kayu
  • Daun bawang – dihiris kecil (optional)
Bahan Untuk Kulit
  • 140 g wheat starch (boleh gantikan dengan tepung jagung)
  • 20 g tepung ubi kayu
  • 1 sudu kecil minyak sayuran atau minyak zaitun
  • 280 g air
  • Sedikit garam

Cara Membuat Mandu

Inti Mandu
  1. Ambil satu mangkuk besar.
  2. Campurkan kesemua bahan inti seperti di atas.
  3. Gaul dengan sudu atau chopstick sehingga sebati.
  4. Selaraskan rasanya. Tambah garam atau gula mengikut kesesuaian.
  5. Tutup dengan plastik “cling film”.
  6. Letakkan dalam peti ais.

Proses Buat Inti ManduBalut Inti Mandu

Kulit Dumplings

Sebenarnya cara paling mudah untuk dapatkan kulit adalah dengan membeli pembungkus segera (gyoza Jepun atau
pembungkus wonton cina) yang banyak di pasaran. Tetapi jika anda suka versi homemade dan menjimatkan kos, boleh cuba buat sendiri kulit mandu. Cara-caranya adalah seperti di bawah.

  1. Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung jagung dan tepung ubi kayu.
  2. Ambil periuk (kalau boleh guna non-stick pan), masukkan air dan masak air sehingga mendidih.
  3. Kemudian kecilkan api.
  4. Masukkan tepung yang disatukan tadi (tepung jagung dan tepung ubi kayu) dan kacau secara cepat
    agar ianya sebati. Kemudian matikan api.
  5. Bila sudah sebati, letakkan doh yang panas itu di atas table top/papan pencanai yang telah disapu dengan sedikit tepung ubi kayu.
  6. Ketika doh tersebut masih panas, segera uli sehingga lembut.
  7. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canai sehingga nipis menggunakan penggelek.
  8. Tekap cawan / gelas untuk membuat bulatan yang sekata.

Japanese Gyoza Pastry Malaysia Tesco Dumpling Maker

Satukan Kulit dan Inti
  1. Ambil kulit dumplings.
  2. Letakkan inti di tengahnya.
  3. Tutup kulit dumplings tersebut dengan cara kepil-kepilkan di bahagian tepi. Boleh juga gunakan dumpling maker.
  4. Kukus selama 5-6 minit.
  5. Siap! Mandu sedap dimakan ketika panas dengan pencicah kicap masam!

Mandu Korea Versi Dubuyo Memang Sedap Mandu Korea

** Nota kaki: Saya pernah makan mandu korea kat Restoren Dubuyo. Cicah pula dengan sos dia. Perghh memang ngam.. Antara mandu paling sedap pernah saya makan. Serious tak tipu dan bukan juga promosi berbayar ye. Tak mahal mana pun. Korang kalau ke sana boleh cuba try sendiri.

Carian Berkaitan: cara nak buat mandu, resepi mandu mudah