Langgan newsletter kami!
Nasi Ayam Sedap

Resepi Nasi Ayam Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Nasi Ayam. Ramai yang menggemari nasi ayam tetapi mungkin tidak tahu ia sebenarnya sangat mudah untuk disediakan. Nasi ayam sangat sesuai dimakan oleh mereka yang ingin menambah berat badan secara sihat kerana kandungan kalorinya yang tinggi. Mari lihat resepi dan cara memasak sendiri nasi ayam di rumah.

Untuk Membuat Sup

Bahan-bahan:

  • Setengah ekor ayam, dipotong kecil
  • 1 sup bunjut Adabi
  • 2 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 inci halia, diketuk

Arahan:

  1. Rebus semua bahan sehingga ayam separuh masak.
  2. Kemudian, angkat ayam dan letakkan di dalam mangkuk untuk diperap.
  3. Tambahkan air di dalam periuk rebusan (lebihkan air untuk memasak nasi) dan biarkan mendidih.
  4. Tambah garam dan gula secukupnya.
  5. Tabur daun bawang dan bawang goreng.

Untuk Membuat Nasi

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras, dicuci bersih dan direndam selama satu jam (air takat beras tenggelam sahaja)
  • 3 biji bawang merah, diketuk
  • 2 ulas bawang putih, diketuk
  • 1/2 inci halia, diketuk
  • 2 sudu besar mentega
  • Air rebusan sup

Arahan:

  1. Masukkan lebihan air rebusan sup tadi ke dalam nasi seperti sukatan memasak nasi putih.
  2. Cairkan mentega dan tumis bawang putih, halia dan bawang merah sampai naik bau dan layu.
  3. Kemudian, masukkan dalam periuk nasi tadi dan masak nasi seperti biasa.
  4. Setelah nasi masak, taburkan bawang goreng dan tutup.

Untuk Membuat Ayam

Bahan-bahan:

  • Ayam yang telah direbus tadi
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk hancur
  • 1 inci halia, ditumbuk hancur
  • 6 sudu besar sos cili
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 6 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar madu/gula
  • Garam secukupnya
  • Sedikit minyak bijan

Arahan:

  1. Gaulkan semua bahan dan simpan dalam bekas tertutup. Perap selama satu jam atau lebih.
  2. Kemudian, goreng ayam seperti biasa.

Untuk membuat kicap nasi ayam, tapis sisa perapan ayam. Sambal nasi ayam pula boleh menggunakan sambal asli ABC. Hidangkan bersama timun, salad dan tomato.

Kredit: Salimah Olie

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: