Langgan newsletter kami!
Nugget Ayam Sedap

Resepi Nugget Ayam Homemade

Resepi Nugget Ayam. Anak-anak kecil memang sukakan nugget dan makanan jenis bebola ataupun jejari. Tetapi kebiasannya, si ibulah yang cerewet dalam menjaga soal pemakanan anak-anak mereka dan tentu sekali makanan yang diproses kurang baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi MSG serta bahan pengawet. Tambahan pula, harganya agak mahal dan kurang baik untuk penghadaman perut.

Tetapi sebenarnya anda boleh buat sendiri nugget dan tentunya ia lebih murah dan menyihatkan. Cara membuatnya pun agak mudah. Jadi di sini dikongsikan resepi untuk membuat nugget ayam sendiri di rumah agar anda dan keluarga dapat menikmati hidangan yang enak dan sihat.

Bahan-bahan Membuat Nugget Ayam

  • 4 ketul dada ayam, dicincang dan dikisar
  • 2-3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 atau 2 biji telur
  • Serbuk roti (untuk membuat serbuk roti, bakar roti kemudian kisar menjadi serbuk)
  • Garam, secukup rasa

Cara Membuat Nugget Ayam

  1. Cincang dada ayam dan kisar menggunakan mesin pengisar biasa. Kemudian, tuangkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.
  2. Cincang bawang putih dan campurkan ke dalam mangkuk yang diletakkan ayam tadi.
  3. Masukkan pula lada sulah, tepung gandum dan garam. Gaul hingga sebati.
  4. Sapukan sedikit minyak pada tangan dan buat bentuk pada adunan. Jika masak bersama anak, bolehlah memberi mereka cuba aktiviti yang seronok ini. Pastikan adunan itu berbentuk leper kerana ia akan kembung apabila digoreng nanti.
  5. Pukul telur di dalam mangkuk lain dan celupkan adunan ke dalamnya. Kemudian gaulkan ke dalam serbuk roti.
  6. Gorengkan nugget pada api sederhana.
  7. Tanda nugget sudah masak adalah warnanya agak kuning keemasan.
  8. Angkat dan toskan nugget kemudian hidang.
Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: