Home / Makanan / Resepi Sambal Nasi Berlauk Kelantan
Sambal Belacan 1

Resepi Sambal Nasi Berlauk Kelantan

Tidak lengkap hidangan nasi berlauk ala Kelantan jika tiada gulai kuning ikan tongkol dan juga sambal. Jom kita belajar bagaimana nak buat sambal original nasi berlauk kelantan yang sedap dan sedang-sedang saja pedasnya.

Bahan-bahan Sambal Nasi Berlauk Kelantan

  • 4 biji cili kampung merah
  • 2 biji cili padi
  • Belacan bakar sebesar ibu jari
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 biji limau kasturi
  • Sedikit air

** Tips: Sesuaikan kepedasan sambal yang diinginkan dengan menambah atau mengurangkan jumlah cili.

Cara Membuat Sambal Nasi Berlauk Kelantan

  1. Basuh cili dengan bersih dan potong kecil-kecil.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend semua bahan di atas.
  3. Untuk sukatan air, sesuaikan supaya boleh mengisar kesemua bahan tadi.
  4. Kisar sekejap saja dan jangan terlalu hancur, mungkin dalam 2 – 3 tekan blender.
  5. Masukkan cuka dan air limau kasturi dan gaul rata.
  6. Suaikan rasa dan siap untuk dihidang.

Sambal Nasi Ala Kelantan Nasi Berlauk Gulai Kuning Ala Kelantan

Carian Berkaitan: sambal nasi berlauk kelantan, resepi sambal belacan kelantan, resepi sambal lada kelantan, sambal belacan kelantan

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. wah nampak sedap betul sambal ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: