Langgan newsletter kami!
Sekaya Dan Roti

Resepi Sekaya atau Seri Kaya

Seri Kaya atau Sekaya adalah makanan yang manis dan sedap. Ia sangat sesuai jika disapu pada roti. Kanak-kanak malahan orang dewasa pun sukakannya disebabkan rasa kelapanya yang versatile. Jika anda minat untuk menbuat sekaya sendiri di rumah, bolehlah cuba resepi sekaya homemade ini. Tentu lebih sedap jika dapat buat seri kaya sendiri di rumah. Betul tak?

Tambahan lagi, kita boleh adjust sukatan bahan yang digunakan sesuai dengan citarasa tekak kita. Sebenarnya, taklah susah mana resepinya. Jom kita cuba.

Bahan Untuk Resepi Seri Kaya / Sekaya

  • 60 gm gula pasir
  • 125 ml air panas
  • 3 biji telur
  • 300 ml pati santan
  • tambahan 240 gm gula pasir (boleh dikurangkan mengikut citarasa anda)
  • 2-3 helai daun pandan
  • Secubit garam

Cara Membuat Seri Kaya / Sekaya

  1. Masak gula hingga berwarna perang lembut. Jangan masak lama sangat sampai warna menjadi gelap kerana takut tekstur sekaya tak cantik.
  2. Masukkan air panas dan masak lagi sehingga gula menjadi larut.
  3. Masukkan daun pandan.
  4. Masukkan telur, pati santan dan tapiskan ke dalam gula perang tadi.
  5. Masukkan secubit garam.
  6. Masak lagi dan bila andunan menjadi hampir pekat, keluarkan daun pandan.
  7. Gunakan api kecil dan teruskan memasak.
  8. Teruskan mengacau secara perlahan-lahan agar telur tidak menjadi berketul.
  9. Angkat dan sejukkan bila warna bertukar menjadi perang semulajadi.

Tips Membuat Seri Kaya / Sekaya

  • Untuk resepi sekaya Terengganu/Kelantan, boleh gantikan gula dengan nissang/nisse (gula melaka)
  • Boleh juga tambah tepung jagung pada sekaya untuk menjadikannya lebih pekat.
  • Boleh kurangkan kuantiti gula jika anda tak mahu rasa yang terlalu manis.
  • Untuk mendapatkan sekaya yang berkilat seakan berminyak, gunakan pati santan kelapa sahaja dan bukannya santan kotak.
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

2 comments

  1. (nnise) nisan keping tu dlm berapa byk tu tuan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: