Bahan-bahan Sos Keju

  • 2 sudu besar mentega (unsalted butter)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan susu cair atau susu penuh krim
  • secubit garam
  • secubit cayenne pepper (optional)
  • 2 sudu besar cheddar/parmesan cheese (diparut)

Cara Membuat Sos Keju

  1. Panaskan api dan cairkan butter.
  2. Kemudian dengan api yang perlahan, masukkan tepung secara berperingkat dan gaul rata menjadi pes selama lebih kurang 30 saat.
  3. Perlahan-lahan tambahkan susu cair dan gaulkan dengan menggunakan whisk. Apabila susu itu telah sebati, tinggikan haba api dan biarkan sehingga mendidih. Apabila susu telah mencapai tahap mendidih, perlahankan api dan biarkan sos menjadi sedikit pekat.
  4. Tambahkan cayenne pepper dan kacau sebati.
  5. Perlahankan lagi api dan masukkan cheddar atau parmesan cheese bersama sedikit garam sehinggalah tekstur sos terhasil.
  6. Hidangkan semasa suam.

Siap! Sunggah mudah sekali membuat sos keju ataupun cheese sauce. Makan dengan Nacho sedap ni..

resepi-sos-keju

sos-cheese-sedap-makan-dengan-nacho

Carian Berkaitan: resepi sos cheese, sos keju, cara buat sos keju, resepi ayam goreng sos cheese