Pernahkah anda kesuntukan masa untuk memasak? Atau tak tau nak masak apa kerana malas masak lauk yang berat-berat? Telur masak kicap adalah jawapannya. Makan nasi berlaukkan telur masak kicap pun boleh membangkitkan selera. Resepi orang bujang lah katakan. Simple, sedap, cepat, murah dan kaya dengan protein.

Bahan-bahan Resepi Telur Masak Kicap

  • 5 biji telur (telur ayam biasa/ayam kampung)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar kicap manis cap Kipas Udang/kicap lemak manis Jalen
  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Bunga cengkih
  • Buah pelaga
  • 1 biji bawang besar – dihiris kecil
  • 4 ulas bawang putih – dimayang halus
  • Halia
  • 2 batang cili merah – dibelah 4 secara memanjang
  • Minyak secukupnya
  • Air secukupnya (lebih kurang 1 cawan)

Telur Masak Kicap Telur Mata Kerbau

Cara Memasak Telur Masak Kicap

  1. Pecahkan telur dan goreng satu persatu dalam bentuk telur mata kerbau.
  2. Asingkan telur yang telah masak ke dalam pinggan.
  3. Panaskan minyak lagi dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  4. Biarkan sehingga sedikit layu.
  5. Masukkan kicap manis, sos cili, sos tiram dan sedikit air.
  6. Biarkan seketika.
  7. Bila kuah agak mendidih dan agak pekat sedikit kering, tutup api.
  8. Tuangkan kuah ke dalam pinggan yang berisi telur.
  9. Hidangkan telur masak kicap ini bersama nasi panas. Pasti sedap!
Carian Berkaitan: telur masak kicap, telur masak kicap simple, resepi telur masak kicap simple, resepi masak telur kicap