Langgan newsletter kami!
Satu Kampung Dua Orang (Astro Citra)

Satu Kampung Dua Orang (Astro Citra)

Selepas 7 Panjak, satu lagi karya pengarah yang berasal dari Kelantan, Sabri Yunus akan ditayangkan di kaca TV. Telefilem berjudul Satu Kampung Dua Orang bakal menemui penonton pada hujung minggu ini 21 Mac 2020, jam 9.00 malam di Astro Citra dan Astro Citra HD.

Telefilem hasil produksi Heritage Movies Sdn Bhd ini dilakonkan oleh Sabri Yunus, Eman Manan, Aedy Ashraf, Amar Asyraf, Fatin Farhana, Saidi Sabri dan Rashid Jaafar.

Info Telefilem

  • Tarikh Tayangan: 21 Mac 2020 (Sabtu)
  • Waktu Siaran: 9.00 – 11.00 malam
  • Stesen TV: Astro Citra & Citra HD
  • Pengarah: Sabri Yunus
  • Terbitan: Heritage Movies Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Sabri Yunus, Eman Manan, Aedy Ashraf, Amar Asyraf, Fatin Farhana, Saidi Sabri, Rashid Jaafar

Sinopsis Satu Kampung Dua Orang

Tahun 1977, sebuah banjir besar menenggelamkan sebuah perkampungan di tepi sungai Pahang, menyebabkan semua penduduk kampung tersebut diarahkan berpindah ke kampung lain. Pun begitu, Buyung yang baru saja kematian isteri enggan berpindah dari situ lalu adiknya, Juang mengambil keputusan untuk menemani Buyung. Lalu tinggallah mereka berdua di kampung tersebut selama 40 tahun.

Suatu hari, rumah mereka didatangi oleh Bidin, seorang pemuda yang melarikan diri ke kampung mereka setelah melakukan sebuah kesalahan berat. Kedatangan Bidin telah membuka rahsia di antara Buyung dan Juang yang melibatkan insiden kematian arwah isteri Buyung, Milah beberapa dekad lalu.

#satukampungduaorang

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: