Langgan newsletter kami!
Panjak 7 (TV3)

Telefilem Panjak 7 (TV3)

Jika Astro Citra menghidangkan telefilem Santau Maut, TV3 pula akan menayangkan sebuah telefilem yang tidak kurang hebatnya bertajuk ‘Panjak 7‘ pada Sabtu ini. Telefilem ini diarahkan oleh pengarah dan pelakon veteran Sabri Yunus dengan beliau sendiri menjadi pelakon utama di samping pelakon lain seperti Izzue Islam, Adrea Abdullah, Along Eyzendy, Saidi Sabri, Asrul Faizal dan Zarina Zainoordin.

Info Telefilem

  • Tarikh Tayangan: 7 Mac 2020 (Sabtu)
  • Waktu Siaran: 10.00 – 12.00 malam
  • Stesen TV: TV3
  • Slot: Cerekarama
  • Pengarah: Sabri Yunus
  • Produksi: Noah Arjuna Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Sabri Yunus, Izzue Islam, Adrea Abdullah, Along Eyzendy, Saidi Sabri, Asrul Faizal, Zarina Zainoordin

Sinopsis Panjak 7

Kisah Pak Ngah Agel, iaitu seorang dalang wayang kulit yang terkenal di Kelantan yang mula bermasalah apabila panjak-panjak (pemuzik) wayangnya seorang demi seorang membuat onar. Daripada tujuh orang panjak hanya Pok Jak pemain serunai yang memahaminya.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: