Langgan newsletter kami!
Calon Upsr

Semakan Keputusan UPSR 2019 Secara Online Dan SMS

Cara semak result keputusan UPSR secara online | Untuk calon dan murid yang telah menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2019, keputusan UPSR akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada November 2019. Bagaimanapun tarikh sebenar pengumuman ini akan dimaklum di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pengumuman tentang keputusan exam UPSR ini juga dijangka akan diumumkan sendiri oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik. Untuk rekod, pada tahun lepas (2018), murid telah mengambil Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) mereka pada hari Khamis, 29 November 2018 bermula jam 10.00 pagi. Semakan keputusan pula boleh disemak secara online dan SMS.

Bermula dari tahun 2017, keputusan UPSR dan PT3 mesti mengandungi bahagian keputusan akademik, psikometrik, sukan dan lain-lain lagi mengikut Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ia kontra berbanding sebelum ini yang hanya mempamerkan keputusan akademik sahaja. Langkah ini dibuat agar ibu bapa dapat mengamati keputusan akademik, sahsiah, sukan dan seumpamanya yang ditaksir oleh sekolah.

Tarikh Rasmi Keputusan UPSR 2019 Diumumkan

Berikut dikongsikan tarikh rasmi keputusan UPSR 2019 diumumkan dan cara membuat semakan. Untuk mendapatkan slip keputusan penuh peperiksaan, pelajar perlu hadir ke sekolah masing-masing.

Slip keputusan pula boleh diambil bermula dari jam 10.00 pagi pada hari keputusan diumumkan. Selain itu, KPM juga ada menyediakan perkhidmatan semakan keputusan secara Sistem Pesanan Ringkas atau SMS.

Tarikh Keputusan UPSR 2019

  • Tarikh: 21 November 2019
    (** Tarikh sebenar akan dikemaskini selepas diumumkan oleh KPM)
  • Masa: 10.00 pagi

Cara Semakan Keputusan UPSR 2019 Secara SMS

Berikut adalah cara membuat semakan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah PPSR 2019. Waris adalah dibenarkan untuk mengambil dokumen pelaporan sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri.

Calon boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2019 melalui perkhidmatan mySMS ke 15888.

Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contoh: UPSR BC002B132 dan hantar ke 15888

Perkhidmatan SMS akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi pada hari keputusan peperiksaan diumumkan iaitu dari jam 10.00 pagi sehingga jam 6.00 petang. Caj penghantaran SMS adalah sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan SMS adalah RM0.20. Perkhidmatan adalah tersedia buat pengguna Celcom, Maxis, Digi, U-Mobile, Tune Talk dan XOX.

Cara Semakan Keputusan UPSR 2019 Secara Online (Atas Talian)

Sistem semakan HANYA akan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan secara rasmi. Kami akan mengemaskini link untuk menyemak keputusan UPSR secara online dari semasa ke semasa. Untuk makluman, semakan keputusan secara online akan hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: