Dah Mati Pun Cantik adalah tajuk sebuah telefilem terbaharu yang akan ditayangkan di Slot Citra Exclusive, Astro Citra & Citra HD pada Sabtu ini jam 9 malam. Telefilem berunsurkan seram ini dilakonkan oleh Faizal Hussein dan Lisa Surihani serta diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin.

Info Telefilem Dah Mati Pun Cantik

  • Genre: Seram, Suspen
  • Waktu Tayangan: 26 Oktober 2019 (Sabtu), jam 9.00 malam
  • Stesen TV: Astro Citra 131 & Citra HD 126
  • Pengarah: Wan Hasliza Wan Zainuddin
  • Produksi: KL Motion Pictures
  • Senarai Pelakon: Faizal Hussein, Lisa Surihani, Natasha Elyzza, Lash Mokhtar, Anna Melissa

Screenshot Faizal Hussein Dah Mati Pun CantikScreenshot Lisa Surihani Dah Mati Pun Cantik

Watak Pelakon

Sinopsis

Mengisahkan tentang Dr Dina dan Dr Malik yang bertugas di bilik mayat. Mereka dikejutkan dengan penerimaan satu mayat yang sangat cantik. Dalam proses bedah siasat yang sedang dilakukan, satu-persatu susuk emas mayat itu dijumpai Dr Dina. Setelah susuk dicabut, bermulalah gangguan-gangguan yang pelik dan menyeramkan untuk mereka berdua!

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Bagaimana Dr Dina dan Dr Malik menghadapi situasi ini? Jangan lupa menonton telemovie ini pada Sabtu nanti.

Carian Berkaitan: Watch dah mati pun cantik