Langgan newsletter kami!
Poster Pengacara Gegar Vaganza 6 2019

Senarai Rasmi Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-6 (GV6) 2019

Teki-teki mengenai siapakah peserta yang akan terbabit dalam program realiti hiburan Gegar Vaganza Musim Ke-6 (GV6) 2019 akhirnya terjawab apabila nama-nama peserta diumumkan secara rasmi hari ini. Senarai ini diumumkan dalam satu sidang media yang berlangsung di The Gardens Theatre, Mid Valley, Kuala Lumpur.

Nama-nama besar dalam industri antaranya Wann, Sham Visa, Noorshila Amin, Naqiu (Boboy), Ameer (Sofazr) dan Hady Mirza adalah di antara bintang yang akan bertanding pada GV6 kali ini.

Malah, penyanyi wanita yang pernah popular sekitar era 90-an dan awal 2000 seperti Mazleela, Feeza dan Nur Fatima juga turut bertanding kali ini. Selain itu, GV6 antara lainnya turut dibarisi bintang legenda Roy yang popular dengan lagu Ratnaku dan Jatt Ali dari kumpulan Black Dog Bone.

Dengan mengekalkan format sama seperti tahun lalu, GV6 disertai dua kumpulan iaitu Kool (Hairie & Riot) serta One Nation Emcees (Mimi Fly, Jojo Fly, Kozae) dan turut disertai penyanyi solo kelahiran Sabah, Sabhi Saddi.

GV6 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 13 Oktober hingga 22 Disember 2019 dan disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Di kaca TV, ia akan disiarkan secara live melalui saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) dan live streaming Astro GO setiap Ahad jam 9.00 malam.

Masih mengekalkan pengacara yang sama iaitu Jihan Muse dan Nabil Ahmad, juri tetap musim kali ini juga turut mengekalkan Datuk Ramli MS bersama juri tetap baru iaitu penyanyi popular dari Indonesia, Hetty Koes Endang.

Juara GV6 akan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro. Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang RM50,000 dan RM30,000 berserta trofi. Sementara itu, tempat keempat, kelima dan keenam tidak pulang dengan tangan kosong, sebaliknya membawa pulang wang tunai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Untuk rekod, pemenang Gegar Vaganza edisi sebelum ini ialah Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina Azhar (GV3), Aishah (GV4) dan Noryn Aziz (GV5).

Senarai Penuh Peserta Gegar Vaganza 6 (GV6) 2019

  1. Naqiu (Boboy)
  2. Mazleela
  3. Wann
  4. Sham (Visa)
  5. Noorshila Amin
  6. Ameer (Sofazr)
  7. Kool (Duo)
  8. Roy
  9. Feeza
  10. Nur Fatima
  11. Hady Mirza
  12. Jatt (Black Dog Bone)
  13. One Nation Emcees

Pengacara

  • Nabil Ahmad
  • Jihan Muse

Juri Tetap

  • Datuk Ramli MS
  • Hetty Koes Endang
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: