Langgan newsletter kami!
Poster Demi Mira

Telefilem Demi Mira (TV2)

Demi Mira adalah sebuah telefilem terbaharu yang akan ditayangkan di TV2 RTM 27 September ini jam 9.30 malam. Telefilem ini dibintangi oleh Ika Nabila, Riz Amin dan Jay Iswazir serta diarahkan oleh Mior Hashim Manap.

Telemovie terbitan Al Kahfi Pictures ini menonjolkan realiti kesetiaan antara suami isteri ketika menempuh dugaan dalam hidup. Perkongsian watak si isteri bernama Mira terkeluar dari lingkungan watak popular drama Melayu yang sinonim dengan sikap curang bila suami dijatuhi hukuman atas kesalahan berat dilakukan. Kesetiaan Mira menonjolkan sisi boleh dijadikan contoh meskipun ketika itu dia berpeluang meneruskan hidup bila ada lelaki lain yang sudi melamar.

Info Telefilem Demi Mira

  • Tarikh Tayangan: 27 September 2019 (Jumaat)
  • Waktu Tayangan: 9.30 malam
  • Stesen TV: TV2 (RTM)
  • Penulis Skrip: Maizura Haji Ederis
  • Pengarah: Mior Hashim Manap
  • Produksi: Al Kahfi Pictures
  • Senarai Pelakon: Ika Nabila, Rizz Amin, Jay Iswazir, Chekem Mirza

Sinopsis Telefilem Demi Mira

Mengisahkan tentang dugaan yang terpaksa dihadapi oleh seorang isteri apabila suaminya didapati bersalah terlibat dengan kegiatan jenayah. Dia tetap tabah dan sabar ketika suami menjalani hukuman.

Sulaiman yang sedang mencari kerja kemudiannya ditawarkan bekerja oleh Joe di sebuah bengkel kereta. Mira bersyukur dengan rezeki suaminya dan dapat menampung persekolahan anak mereka, Anis.

Sulaiman sering disuruh membawa kenderaan tertentu tanpa mengetahui yang dia sebenarnya memandu kenderaan curi untuk satu sindiket. Beliau cuba berhenti setelah mengetahui perkara sebenar namun gagal mencari kerja lain.

Akhirnya kerja haram yang dilakukan tidak bertahan lama dan Sulaiman ditangkap. Sulaiman telah dijatuhkan hukuman manakala Mira mengambil keputusan untuk pulang ke kampung.

Mira meneruskan kehidupan dengan menjual kuih di warung ibunya. Anis pula mengharapkan untuk dipertemukan dengan ayahnya setelah rindu akibat lama terpisah.

Ketua sindiket mengarahkan ahlinya membunuh Sulaiman namun Joe cuba menghalang dan dia terbunuh dalam pergelutan tersebut. Sulaiman tidak bernasib baik apabila dia pula yang dituduh membunuh Joe. Mira sama sekali tidak percaya yang suaminya merupakan seorang pembunuh.

Adakah akhirnya kebenaran menjadi milik Sulaiman dan keluarganya?

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: